BICARA KHAS FACEBOOK LIVE “ZAKAT RIKAZ & GALIAN"

BICARA KHAS FACEBOOK LIVE “ZAKAT RIKAZ & GALIAN"
Johor Bahru, 10 November 2022 - JMG Johor telah menjadi hos bicara khas facebook live berkenaan "Zakat Rikaz dan Galian" yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. 
 

Bicara khas tersebut telah dianjurkan oleh JMG Johor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor dimana, moderator terdiri Ustaz Mohamed Iqbal Bin Alivi Eksekutif Zakat MAINJ, panel 1 Tn. Hj. Kamaruddan Bin Abdullah Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Johor dan panel 2 Ustaz Mohd Firdaus Bin Abd Hamid Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru. Serba sedikit tentang tajuk bicara khas "Zakat Rikaz dan Galian" ialah  Rikaz bermaksud harta kekayaan yang dijumpai tertanam di dalam tanah hasil simpanan orang-orang jahiliah manakala galian ialah hasil galian emas dan perak yang tertanam di dalam perut bumi.

Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul