MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2024 JMG JOHOR BERSERTA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2024 JMG JOHOR BERSERTA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA
Johor Bahru, 12 September 2024 – JMG Johor telah mengadakan satu Majlis Perhimpunan Bulanan berserta Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Syahmi bin Mohamad diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Syed Sobri bin Syed Hassan dan bacaan ikrar Rukun Negara oleh Encik Nor Azizi bin Ahmad@Ahamot.
Majlis diteruskan dengan perutusan pengarah yang disampaikan oleh Pengarah JMG Johor,YBrs. Tn. Haji Noorazhar bin Ngatimin.
Majlis diteruskan dengan agenda kelab KSKK JMG Johor yang di pengerusikan oleh Encik Ahmad Shahril bin Idris. Antara agenda KSKK adalah sambutan kelahiran Julai-September.
 
Seterusnya majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti kuiz Kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik, pertandingan pakaian Jiwa Merdeka dan pertandingan dekorasi sudut patriotik Malaysiaku Tanah Airku. Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuh semangat berpasukan malahan dapat menyemai semangat cintakan negara.
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul