KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE ATAS PENGARAH ARKIB NEGARA MALAYSIA CAWANGAN JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE ATAS PENGARAH ARKIB NEGARA MALAYSIA CAWANGAN JOHOR

Johor Bahru, 26 September 2024 - Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin bersama dengan Puan Nur Asnida binti Zamru (Penolong Pegawai Tadbir) dan Puan Marlia binti Bohari (Ketua Pembantu Tadbir) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Mohd Zulfadli bin Md. Maarof, Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor di Pejabat ARKIB Johor.

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk membincangkan sistem pengurusan fail dan rekod Jabatan disamping peranan agensi masing-masing. Arkib Negara Malaysia memainkan peranan penting dalam memastikan rekod-rekod Kerajaan dipelihara dan dipulihara secara sistematik dan baik. Dokumen-dokumen penting khususnya yang berkaitan dengan kedaulatan negara amat perlu diurus dengan baik bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul