AIRBORNE GEOPHYSICAL INTERPRETATION WORKSHOP

muka depan airbone workshop

Shah Alam, 4 April 2017 - Baru-baru ini, dua pegawai geosains JMG Johor telah menghadiri bengkel seperti di atas yang diadakan di Concorde Hotel, Shah Alam, Selangor. Bengkel ini telah memberikan  pendedahan berguna bagaimana Maklumat geofizik membantu dalam pentafsiran geologi sama ada dalam kerja-kerja pemetaan geologi atau eksplorasi mineral.

Anomali geofizik sama ada radiometrik atau magnetik telah memberikan idea dan panduan berguna kepada geologis dalam menentukan kawasan sasaran dan elemen yang hendak dicapai atau dikaji. Pentafsiran geofizik ini telah mempercepatkan kerja-kerja analisis data dan pentafsiran geologi satu kawasan kajian khususnya maklumat subpermukaan yang tidak boleh dicerap semasa pemerhatian lapangan dijalankan.

Pengalaman dan pengetahuan tenaga pengajar iaitu Helen Anderson (Geological Consultant) dan Katherine McKenna (Geophysical Consultant) dari GPX Surveys Consultant yang berpangkalan di Perth, Australia telah banyak membantu dalam member kefahaman dan pendedahan bagaimana maklumat geofizik khususnya data airborne membantu kerja-kerja geologi.

Written by : asrul