BULAN SUKAN NEGARA PERINGKAT JMG JOHOR 2019

BULAN SUKAN NEGARA PERINGKAT JMG JOHOR 2019

Johor Bahru, 3 Oktober 2019 – JMG Johor telah mengadakan Bulan Sukan Negara bagi tahun 2019 secara dalaman dengan jayanya. Sambutan Bulan Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dimana ia adalah satu langkah proaktif ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara Bersukan'.  

Hari tersebut telah diisi dengan pelbagai aktiviti dalaman yang dimulai dengan sesi senamrobik. Seterusnya diikuti dengan aktiviti sukan congkak, karom, ping pong, dan lain-lain lagi. Akhir sekali, Pengarah telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada semua warga JMG Johor yang terlibat dalam menjayakan Bulan Sukan Negara pada tahun ini.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul