JMG DI MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN, PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA DAN IFTAR 1NRE ZON SELATAN

muka depan tadarus NRE

Tangkak, 16 Jun 2017 - Tiga kakitangan telah mewakili JMG Johor dalam Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Hari Raya dan Iftar 1NRE Zon Selatan oleh Y.B. Datuk Ir. Dr. Haji Hamim Bin Samuri di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang.

Disamping Agensi-Agensi NRE Zon Selatan, turut terlibat dalam majlis ini ialah komuniti tempatan antaranya warga miskin & anak-anak yatim, jabatan-jabatan kerajaan Daerah Tangkak & Muar, PBT, Jawatankuasa masjid & surau setempat, UMNO dan penduduk sekitar.

Turut hadir juga ialah pegawai-pegawai kanan NRE dan Agensi-Agensi Pusat (Ibu Pejabat) dibawah NRE. Pegawai kanan JMG yang hadir ialah En. Kamal bin Daril (TKP) dan En. Mohd Badzran bin Mat Taib (Pengarah JMG Negeri Sembilan/Melaka).

Dalam majlis tersebut turut diadakan Sambutan Hari Lahir Y.B. Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri yang jatuh pada tanggal 13 Jun lalu.

 

Written by : asrul