JMG JOHOR JUARA PERTANDINGAN BOWLING ANTARA PENYEWA DAN TH SEMPENA ‘MYTENANT’ TAHUN 2016 ZON SELATAN BAHAGIAN PEMASARAN DAN PENYEWAAN

gambar muka depan-vert

Johor Bahru, 27 Februari 2016 – Bahagian Pemasaran dan Penyewaan (BPP) TH telah mengadakan program 'MyTenant' Zon Selatan tahun 2016 bagi menghargai sokongan dan kesetiaan penyewa-penyewa kepada pengurusan TH. Sehubungan dengan itu Bahagian Pemasaran dan Penyewaan (BPP) TH telah menganjurkan pertandingan bowling antara penyewa dan TH. Pertandingan telah diadakan di Lite Superbowl Jb, Danga City Mall, Johor Bahru, Johor.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah dijemput bersama-sama menyertai pertandingan tersebut diikuti dengan 20 buah agensi kerajaaan dan bukan kerajaan. Pertandingan bowling tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Pemasaran dan Penyewaan iaitu Haji Mohd Khalid bin Mohd Nordin. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diwakili oleh Md Aris bin Md Esa, Mohd Razman bin Yusop, Mohamad Azmi bin Mohamad Azman dan Nor Azizi bin Ahmad.

Format untuk pertandingan bowling ini adalah 4 orang untuk setiap agensi dan bermain sebanyak 3 permainan untuk setiap seorang. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah berjaya menjadi juara untuk edisi tahun 2016 dengan jatuhan sebanyak 1735 pin keseluruhannya. Tempat kedua jatuh kepada Kolej Mara dan tempat ketiga jatuh kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor. Ini sekaligus telah mengekalkan kejuaraan yang telah dimenangi pada pertandingan yang sama pada tahun 2014 di Melaka.

Hadiah dan cenderamata telah disampaikan oleh Pengurus Besar Pemasaran dan Penyewaan iaitu Haji Mohd Khalid bin Mohd Nordin.

Written by : asrul