TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER ALAM DI KAWASAN TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN, JOHOR

DSC01285-vert

Mersing, 24 Januari 2016 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dengan kerjasama pasukan dari Solar Energy Research Institute (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia  telah mengadakan Program pembangunan Sumber Alam di kawasan Taman Negara Endau Rompin, Johor (Sungai Jasin – Kg. Peta). Tujuan program ini diadakan adalah untuk membuat kajian awalan cadangan membangunkan sistem teknologi solar di kawasan tersebut.

Taklimat program tersebut telah disampaikan oleh pihak Solar Energy Research Institute (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Mohd. Hafiz bin Haji Roslan (Pensyarah/Timbalan Pengarah SERI, Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor iaitu Tuan Haji Zakaria bin Hussain. Program ini juga turut melibatkan Ketua Kampung Asli Peta iaitu Tok Batin Sangka Chuka dan beberapa orang pegawai dan kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor serta pensyarah dan pelajar dari UKM.

Program ini telah dijalankan selama 2 hari, bermula pada 24 hingga 25 Januari 2016 yang melibatkan lawatan tapak cadangan membangunkan sistem teknologi solar di sekitar Sungai Jasin, Taman Negara Endau-Rompin.

Written by : asrul