Johor Bahru - Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Johor telah mengadakan Kejohanan Bowling Tertutup JMG Johor 2013 pada 5 Februari 2013. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim dan seterusnya mengenalpasti bakat serta menggalakkan semangat bersukan di kalangan kakitangan. Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi telah merasmikan kejohanan tersebut yang diadakan di Danga City Mall. Kejohanan tahun ke-3 ini telah disertai oleh 35 orang kakitangan JMG Johor dan menyaksikan penyertaan paling ramai berbanding kejohanan terdahulu.Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Biro Sukan melakukan perubahan dengan memperkenalkan tiga kategori iaitu lelaki divisyen 1, lelaki divisyen 2 dan wanita. Hadiah wang tunai berjumlah RM970 menjadi rebutan para peserta.
Berikut adalah senarai pemenang setiap kategori;
Kedudukan |
Pemenang |
Hadiah |
Lelaki Divisyen 1 |
||
Johan |
Anuar Saat |
RM 200 |
Naib Johan |
Norazman Isa |
RM 100 |
Ketiga |
Mohd Razman Yusop |
RM 50 |
Lelaki Divisyen 1 |
||
Johan |
Noorazhar Ngatimin |
RM 100 |
Naib Johan |
Mohd Iedil Omar |
RM 50 |
Ketiga |
Abdul Hasibul Jalil Jusoh |
RM 30 |
Wanita |
||
Johan |
Roziah Johan |
RM 100 |
Naib Johan |
Norhaslinda Zainul |
RM 50 |
Ketiga |
Norleeazni Ahmad |
RM 30 |