MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2024 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2024 JMG JOHOR
Johor Bahru, 03 Mac 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 03/2024 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Nurun Niswa binti Samsol Bari diikuti dengan bacaan doa oleh En. Aidil Hamka bin Ithnin dan bacaan ikrar oleh En. Muhammad Shazwan Zainie bin Jainal. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin. Majlis diteruskan dengan Taklimat; Penerangan Program Kebajikan Maksak Malaysia 2024 & Manfaat Khas untuk semua Penjawat Awam dengan Usahasama Maksak Malaysia (Jabatan Perdana Menteri Malaysia) dan penceramah En. Hashrol bin Junaidi bersama Pn. Raihana binti Affandi. 
Baca selanjutnya

MESYUARAT NAIK TARAF SISTEM BEKALAN AIR DI FASILITI KLINIK KESIHATAN

MESYUARAT NAIK TARAF SISTEM BEKALAN AIR DI FASILITI KLINIK KESIHATAN

Johor Bahru, 22 Februari 2024 – Mesyuarat Naik Taraf Sistem Bekalan Air di Fasiliti Klinik Kesihatan yang dikenalpasti di Klinik Desa Pulau Tinggi dan Klinik Desa Pulau Sibu, Mersing Johor. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin dan turut serta juga ialah wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Johor. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru JMG Johor.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor