Iskandar Puteri, 20 Ogos 2024 - YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor bersama Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari En Hairul bin Mohamed Shaharudin telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), YB Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan di pejabat beliau di Kota Iskandar.
KUNJUNG HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT PERHILITAN NEGERI JOHOR
Johor Bahru, 12 Ogos 2024 - Pengarah JMG Johor Tuan Haji Noorazhar Ngatimin berkunjunghormat ke Pejabat Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Johor, En. Aminuddin bin Jamin dengan disertai oleh Timbalan Pengarah Dr. Sia Say Gee.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2024 JMG JOHOR
Johor Bahru, 08 Ogos 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 08/2024 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Nur Syahidatul Zubaida binti Abilah @ Abdillah diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Shazwan Zainie bin Zainal dan bacaan ikrar oleh Encik Syed Sobri bin Syed Hassan. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
LAWATAN PENGARAH JMG JOHOR KE KUARI DI JOHOR BAHRU BAGI MEMANTAU AKTIVITI PELETUPAN
Johor Bahru, 22 Julai 2024 - Pengarah JMG Johor YBrs Tuan Haji Noorazhar Ngatimin bersama En Mohammad Sufee dan En Sivalingam memantau aktiviti peletupan terkawal di salah sebuah kawasan pembangunan sekitar Johor Bahru. Letupan terkawal (‘Controlled blasting’) merupakan salah satu teknik peletupan yang digunakan bagi mengawal aktiviti peletupan yang dibuat dengan mengurangkan penggunaan bahan letupan bagi mengurangkan kesan getaran ke atas tanah atau batu yang dipecahkan sekadar untuk membelah atau memecah atau meretakkan batu berkenaan.
KUNJUNG HORMAT DARIPADA DATO' SRI PEK KOK SAM KE PEJABAT JMG JOHOR
Johor Bahru, 24 Julai 2024 - JMG Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Dato' Sri Pek Kok Sam yang merupakan salah seorang pemain dalam industri perlombongan di Johor sejak 20 tahun yang lalu. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan dalam pengurusan dan perlaksanaan industri perlombongan.