TAKLIMAT KAEDAH-KAEDAH KUARI JOHOR

TAKLIMAT KAEDAH-KAEDAH KUARI JOHOR

Johor Bahru, 8 November 2018 - Unit Pembangunan Lombong dan Kuari JMG Johor telah menganjurkan sesi seminar berkenaan "Kaedah-kaedah Kuari Johor 2016" yang diadakan di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru. Seramai 130 orang telah hadir dalam seminar berkenaan yang terdiri daripada ahli-ahli JQA (Johor Quarries Association), konsultan, agensi daripada jabatan teknikal dan PTD.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah JMG Johor Tuan Haji Mohamad Hussein b. Jamaluddin dan turut hadir ialah tetamu kehormat iaitu Pengarah JQA (Johor Quarries Association) dan Pengarah PTG. Tujuan utama seminar ini dianjurkan ialah untuk menerangkan lebih mendalam berkenaan kaedah-kaedah kuari yang akan dilaksanakan pada tahun 2019. Selain itu, seminar ini juga dapat menjawab segala permasalahan-permasalahan pengusaha kuari berkenaan pelancaran dalam mengurusan kuari dala berurusan dengan pihak kerajaan.

Akhir kata, pihak JMG Johor menghargai peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak JQA (Johor Quarries Association) untuk mengendalikan program ini dan amat berbesar hati jika diberi peluang yang sebegini pada masa akan datang.

Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul