Sambutan Hari Keluarga JMG Kelantan bagi Tahun 2014 telah diadakan pada 27 September 2014. Sambutan tersebut telah diadakan di Sri Nipah Resort, Kg. Kuala Nipah, Bachok Kelantan.
Seperti biasa sambutan hari keluarga dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli JMG dan keluarga. Disamping mendaftar, ahli telah diwajibkan untuk membuat tekaan benda dan pada sambutan kali ini adalah meneka biji betik. Selain itu, Ahli juga diwajibkan mencabut nombor cabutan bertuah serta diberikan cenderahati pendaftaran kepada setiap keluarga.
Setelah selesai mendaftar, aktiviti sukaneka bermula dengan acara bola tampar pantai lelaki pada sebelah petangnya. Antara aktiviti-aktiviti sukan yang telah dianjurkan dalam Sambutan Hari Keluarga bagi Tahun 2011 ini adalah seperti :-
PERTANDINGAN INDOOR :-
Pertandingan Dart Lelaki dan Wanita
Pertandingan Karom Lelaki dan Wanita
PERTANDINGAN SUKANEKA :-
1) Span Bocor
Peserta berumur 6 tahun ke bawah
2) Bawa Bola Pingpong Pakai Sudu
Peserta berumur 6 tahun ke bawah
Peserta berumur 7 – 12 tahun
3) Bawa Bola Pakai Gelung Plastik
Peserta berumur 6 tahun ke bawah
Peserta berumur 7 – 12 tahun
4) Pecah Belon
Peserta berumur 7 – 12 tahun
5) Boling Padang
Peserta Dewasa Lelaki
Peserta Dewasa Wanita
6) Berjalan Pakai Tempurung
Peserta Dewasa Lelaki
Peserta Dewasa Wanita
7) Seiring Dan Sejalan. (Suami Isteri)
8) Sambut Belon. (Suami Isteri)
Selain daripada aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan tidak dilupakan juga sesi penyampaian hadiah kepada anak-anak ahli JMG yang cemerlang dalam peperiksaan.
Sambutan Hari Keluarga JMG Kelantan bagi Tahun 2014 telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Hj. Che Abdul Rahman Bin Jaafar yang dipengerusikan oleh Encik Mohamed Asri bin Omar dan pemudahcaranya ialah Encik Junor Bin Yaacob.
YANG DIPERTUA/PENASIHAT
TN. HJ. CHE ABDUL RAHMAN BIN JAAFAR
PENGERUSI
EN. MOHAMED ASRI BIN OMAR
BENDAHARI
EN. JOHN JOSEPH JINAP
SETIAUSAHA
PN. SITI NAZHIRAH BINTI ILIAS
AJK PROTOKOL
EN. MOHAMED HISHAMUDDIN BIN LOKMAN
AJK JEMPUTAN/PENDAFTARAN
EN. MOHD RAFEE BIN WOOK
PN. HALIZA BINTI YUSUFF
AJK HADIAH/CENDERAHATI
PN. NOOR AZILA BINTI MAT JUSOH
PN. NURINA BINTI JUSOH
AJK PENAJAAN
EN. AIDIL BIN ARNOLOUS REMA
EN. MUHAMMAD NUR HAFIZ BIN ALI
AJK JAMUAN/PERSEGARAN
PN. AZLIYAH BINTI CHE LONG
EN. AZLAN BIN CHE DAUD
AJK PUBLISITI/FOTOGRAFI
CIK ROPIDAH BINTI MAT ZIN
NUR ASIKIN BINTI RASHIDI
AJK SUKAN/PERSEMBAHAN
EN. AHMAD NAJI BIN NASIR
EN. ZARBANI BIN MAT JUNOS
AJK LOGISTIK
EN. NIK MOHD ZULKIFLY BIN NIK YUSOFF
EN. MUHD HUZAIRI BIN YUSOFF
PENGACARA/TOK DENDANG
EN. JUNOR BIN YAACOB
AJK KEBERSIHAN/KEKEMASAN
EN. MOHAMED ASRI BIN OMAR
SYUKUR KEPADA HADRAT ILAHI SECARA KESELURUHANNYA, PROGRAM SAMBUTAN HARI KELUARGA PADA TAHUN 2014 TELAH BERJAYA DAN BERJALAN DENGAN JAYANYA. KEMERIAHANNYA SUKAR DIGAMBARKAN DENGAN KATA-KATA. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA URUSETIA SAMBUTAN DI ATAS KEJAYAAN TERSEBUT. TIDAK DILUPAKAN KEPADA WARGA JMG KELANTAN YANG LAIN DAN KELUARGA YANG TELAH MEMBERIKAN KERJASAMA PADU SEPANJANG PROGRAM TERSEBUT BERLANGSUNG. SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERKATI SEGALANYA...