Majlis Sambutan Idil Fitri 1435H/Persaraan/Perhimpunan Bulanan Bil. 8/2014 JMG Kelantan

24 Ogos 2014 (Ahad) bersamaan 28 Syawal 1435H, JMG Kelantan telah dengan jayanya mengadakan tiga (3) majlis serentak dimana ia merangkumi, Perhimpunan Bulanan Bil 8/2014 yang bermula seawal jam 8.50 pagi, diikuti Majlis Persaraan Encik Ibrahim Bin Wan (Pembantu Geosains Kanan Gred C22) sejam kemudiannya dan Majlis Sambutan Aidil Fitri Peringkat JMG Kelantan yang berakhir sekitar jam 4.30 petang.

ibrahim wan1

Alhamdulillah kesemua majlis berjalan dengan lancar dan jayanya dengan adanya kerjasama daripada semua ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Pengarah JMG Kelantan selaku Pengerusi ketiga-tiga majlis tersebut. Jawatankuasa Makanan, Keceriaan, Protokol, Kebersihan  dan Logistik telah bersatu hati menggembleng tenaga dan dengan penuh dedikasi menjalankan tugas yang diamanahkan terhadap mereka bagi menjayakan Majlis Sambutan Aidil Fitri Peringkat JMG Kelantan. Perhimpunan Bulanan dianjurkan oleh Unit Lombong dan Kuari, manakala Majlis Persaraan pula dipengerusikan oleh Encik Junor dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh Unit Pengurusan Maklumat. Terima kasih dan syabas diucapkan buat semua yang terlibat menjayakan ketiga-tiga majlis tersebut.

aidil fitri 20141

Majlis Sambutan Aidil Fitri kali ini menampilkan sedikit kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana lebih ramai tetamu dijemput termasuk pesara-pesara JMG Kelantan, mantan-mantan pengarah JMG Kelantan, buruh-buruh kerjaluar serta Ketua-ketua Jabatan di Wisma Persekutuan dan jiran searas iaitu kakitangan daripada pejabat-pejabat di Tingkat 3 dan Tingkat 9 Wisma Persekutuan Kota Bharu.

Written by : nurin