Kunjungan Eratkan Silaturrahim Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral ke JMG Kelantan

2 Julai 2014 - Terima kasih diucapkan kepada Pengarah dari Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat Mineral dan Geosains Malaysia, Encik Hamadi Che Harun bersama Timbalan Pengarahnya iaitu Encik Kamal Daril yang sudi berkunjung ke Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan di dalam kekangan waktu beliau menghadiri Mesyuarat Pemurnian Laporan Projek Kajian Potensi Bijih Besi Semenanjung Malaysia yang diadakan di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan.  Beliau turut disambut mesra oleh TPGS, TPLK dan Pegawai Geosains JMG Kelantan.

7.2014-lawatan pgh cawangan ekonomi mineral1Dari kiri En. Mohamed Hizam Abdul Kadir (TPLK), En. Kamal Daril (TP Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat), En. Hamadi Che Harun (Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral), En. Che Abdul Rahman Jaafar (Pengarah JMG Kelantan), En. AB Rashid Ahmad (TPGS), Dan En. Mohd Yuzlan Yusoff (Pegawai Mineral Perindustrian)


Written by : nurin