LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LOMBONG EMAS

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LOMBONG EMAS

LAWATAN KE LOMBONG EMAS

Perlombongan emas dan lain-lain logam bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia yang memang terkenal kaya dengan sumber bumi. Sejarah perlombongan di negara kita bermula dari Zaman Penjajahan British lagi di mana salah satu tujuan kedatangan penjajah adalah untuk mencari emas.

Tetapi, berapa ramaikah di antara kita yang telah pernah melihat sendiri dari mana datangnya emas yang pada hari ini menjadi hiasan idaman setiap wanita? Pada 25 September 2023, seramai 30 orang peserta bertuah telah diberi peluang mencipta kenangan dan menimba ilmu tentang perlombongan emas melalui lawatan yang dianjurkan oleh Unit Lombong dan Kuari, JMG Kelantan. Daripada 30 orang ini, 19 orang adalah kakitangan JMG Kelantan manakala selebihnya adalah daripada Jabatan Perangkaan, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Akauntan Negara.

Peserta dibawa melawat ke loji-loji rawatan dan melihat sendiri bagaimana emas diproses daripada campuran tanah sehingga menjadi jongkong emas. Ini termasuklah proses pemisahan emas di dalam carbon menggunakan bahan kimia (Carbon In Leach, (CIL), proses smelting iaitu pembakaran untuk dijadikan jongkong emas dan loji apungan untuk mendapatkan logam plumbum dan zink.

Sudah pasti kesempatan ini meninggalkan memori indah serta ilmu yang bernilai kepada para peserta. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Unit Lombong dan Kuari di atas usaha melaksanakan program lawatan ini.

Kursus Asas Pemetaan Geologi

Kursus Asas Pemetaan Geologi

28 & 29 Ogos 2023 (Isnin & Selasa)

Unit Geosains JMG Kelantan telah mengadakan Kursus Asas Pemetaan Geologi pada 28 dan 29 Ogos 20223 (Isnin & Selasa) bertempat di JMG Kelantan dan di lapangan (Bukit Panau, Pasir Mas, Kelantan).

Kursus yang dijalankan ini melibatkan semua Pembantu Geosains JMG Kelantan dan terbuka juga kepada semua kakitangan JMG Kelantan. Kuliah telah disampaikan oleh Dr. Dana AK Badang (Timbalan Pengarah Geosains) dan Cik Atilia binti Bashardin (Pegawai Geosains).

Peserta turut didedahkan kepada Pengenalan kepada Geologi, Mineral dan Batuan, teknik pemetaan dan pemetaan kepelbagaian geologi. Peserta juga berpeluang mengenalpasti jenis-jenis sampel batuan yang terdapat di JMG Kelantan. Akhir kuliah, semua peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan oleh penceramah.

Hari kedua kursus, peserta di bawa ke lapangan, iaitu di Bukit Panau, Pasir Mas, Kelantan untuk menjalani latihan amali. Semua peserta diberi pengenalan yang lebih jelas mengenai jenis batuan yang dijumpai di sekitar kawasan tersebut, dan diberi penerangan  tentang cara menggunakan kompas dan klinometer bagi merekodkan bacaan di lapangan. Aktiviti terakhir kursus, setiap kumpulan diminta membuat pembentangan hasil daripada amali yang telah dijalankan.

Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya menjalani kursus selama 2 hari dan semoga mendapat manfaat daripada ilmu yang diperolehi dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada penceramah kerana sudi berkongsi ilmu kepada kakitangan JMG Kelantan. Semoga JMG Kelantan terus maju jaya.

Majlis Persaraan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Majlis Persaraan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

09 Julai 2023 (Ahad)

JMG Kelantan telah mengadakan Majlis Persaraan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bertempat di Restaurant New Horizon, Kota Bharu, Kelantan pada 9 Julai 2023.

Majlis dihadiri oleh semua kakitangan JMG Kelantan dan Pn Anishah binti Mat Jusoh (pesara), iaitu kakitangan yang diraikan.Puan Anishah telah bersara wajib pada 29 Mei 2023. Beliau telah berkhidmat selama 23 tahun di JMG Kelantan dimana beliau telah mula berkhidmat di JMG Kelantan pada 16 Ogos 2000 sehingga 29 Mei 2023.

Selamat Bersara diucapkan kepada Puan Anishah dan terima kasih diatas segala khidmat di JMG, serta didoakan semoga dikurniakan kesihatan yang baik.

Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah disampaikan oleh Tuan Pengarah JMG Kelantan iaitu En. Zaidi bin Daud. Kakitangan yang menerima anugerah APC ialah Cik Atilia binti Bashardin (Pegawai Geosains C41), En. Ahmed Safwan bin Zainal Abidin (Pembantu Geosains C22) dan En. Huzairi bin Yusoff (Pemandu kenderaan H11).

Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC, semoga terus maju jaya  dan cemerlang dalam perhidmatan awam terutamanya dalam JMG Kelantan dan terima kasih diatas segala sumbangan dan khidmat tugas yang diberi selama berada di JMG Kelantan.  

KURSUS ASAS PEMANTAUAN AIR BAWAH TANAH

KURSUS ASAS PEMANTAUAN AIR BAWAH TANAH

6-8 JUN 2023 (Selasa-Khamis)

Unit Geosains JMG Kelantan telah mengadakan Kursus Asas Pemantauan Air Bawah Tanah pada 6-8 Jun 2023 (Selasa-Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan dan di lapangan Stor Kenderaan AKSB Pengkalan Chepa Kelantan. Peserta kursus yang terlibat adalah Pegawai Geosains, Pembantu Geosains dan kakitangan JMG Kelantan seramai 23 orang.

6 Jun 2023 (Selasa)

Pada sesi hari pertama, taklimat diadakan di bilik Mesyuarat JMG Kelantan dan disampaikan oleh En. Zahidi Bin Hamzah (Pegawai Geosains JMG Kelantan). Peserta diberi pendedahan asas Pengenalan Sumber Air Bawah Tanah di Kelantan dan juga penerangan tentang perancangan pengukuran Paras Air Tanah dan pensampelan.

JMG Kelantan juga menjemput penceramah khas dari UKM iaitu Dr. Nur Shafina binti Roslan (Pensyarah Geologi UKM) untuk memberi taklimat asas pengenalan kepada Analisis Kimia & Punca Pencemaran Akuifer Air Bawah Tanah.

7 Jun 2023 (Rabu)

Peserta kursus di bawa ke lapangan untuk menjalankan latih amal mengenai Pengukuran Paras Air Tanah & Pensampelan. Amali ini adalah bertujuan supaya peserta lebih memahami dan mengetahui lebih jelas cara-cara merekod maklumat pensampelan air dan mengenalpasti kualiti air bawah tanah mengikut kesesuaian kegunaan. Pengukuran paras air diambil menggunakan alat Water Level, dan penyukat pH untuk bacaan pH. Antara rekod yang perlu dicatatkan ialah nombor daftar telaga tiub, tarikh sampel air diambil, paras air, masa, pH dan juga suhu serta lain-lain yang berkenaan.

8 Jun 2023 (Khamis)

Hari terakhir kursus, peserta telah diajar cara-cara penyediaan laporan teknikal jabatan mengikut analisis dan rekod yang diambil di lapangan.

 

#jmgkelantan#

Foto : Suhaidah Khalid

PERHIMPUNAN BULANAN & JAMUAN HARI RAYA JMG

PERHIMPUNAN BULANAN & JAMUAN HARI RAYA JMG

14 MEI 2023 (AHAD)

Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan beserta dengan Mesyuarat Bulanan JMG yang bertempat di JMG Kelantan pada 14 Mei 2023 (Ahad). Dikesempatan ini juga, JMG juga mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya.

 Majlis didahului dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan tuan pengarah, kemudian diteruskan dengan agenda-agenda yang lain. Majlis menyampaikan sumbangan kepada Puan Salwani Hasma binti Muhammed diatas kehilangan suami pada 23 April 2023 yang lalu. Warga JMG Kelantan mengucapkan takziah kepada beliau sekeluarga, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Marilah kita sama-sama sedekahkan ( Al-Fatihah).

Majlis juga menyampaikan hadiah hari lahir kepada Puan Anishah bt Jusoh dari Unit Pentadbiran.

Majlis diakhiri dengan menjemput semua warga JMG Kelantan untuk menjamu selera yang telah disediakan, sempena sambutan hari raya.

Majlis Jamuan Hari Raya dimeriahkan dengan para jemputan dari luar iaitu mantan-mantan JMG Kelantan dan diucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir dan memenuhi jemputan kami.

 

Kredit Foto : Suhaidah Khalid