KURSUS PENGEJETAN AIR TANAH

KURSUS PENGEJETAN AIR TANAH

16 & 17 Januari 2023

Unit Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Unit Geosains JMG Kelantan telah menganjurkan Kursus Asas Pengejetan Asas Air Tanah yang diadakan pada 16 & 17 Januari 2023.


Kursus ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua kakitangan JMG Kelantan mengenai kaedah dan teknik asas pengejetan air tanah. Peserta kursus juga diberi taklimat berkaitan pengenalan sumber air bawah tanah, pengenalan kepada proses ekstraksi sumber air bawah tanah, pengelogan dan rekabentuk telaga tiub dan sistem penapisan air bawah tanah untuk kegunaan domestik.

Pada 16 Januari 2023 (Isnin), taklimat kursus berkaitan kedapatan sumber,kaedah abstraksi air bawah tanah dan kaedah rawatan ringkas bertempat di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan dan telah sampaikan oleh En. Zahidi bin Hamzah, Penolong Pengarah Kanan, Aktiviti Hidrogeologi, Unit Geosains JMG Kelantan.


17 Januari 2023 (Selasa), peserta kursus diberi peluang untuk menjalani amali pengejetan telaga tiub yang telah diadakan di Kg. Selising, Pasir Puteh, Kelantan.


Peserta berpeluang untuk melakukan aktiviti pengejetan, kaedah pengelogan di lapangan dan menyediakan telaga tiub air bawah tanah. Aktiviti ini membolehkan para peserta mempraktikkan secara terus teori yang dipelajari dalam kelas, di samping dapat berbakti kepada masyarakat.

Lawatan Menteri KeTSA

Lawatan Menteri KeTSA

19 Oktober 2022 (Rabu)

JMG Kelantan telah menerima satu lawatan kerja Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan iaitu Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Turut serta dalam program lawatan ini, Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi (Ketua Pengarah JMG Malaysia), En. Nor Azmi bin Ahmad@Mohamad (Setiausaha Bahagian (Geosains)KeTSA), En. Muhammad Rosli bin Muhammad Ja'afar (Setiausaha Bahagian(Mineral)KeTSA) dan En. Mohamad Hafid bin Rohani (Pengarah Jabatan Perhilitan Kelantan).

Sempena  lawatan ini, program penanaman pokok JMG  juga diadakan dan bertempat di perkarangan Wisma Persekutuan Kota Bharu.

Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin

Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin

Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin (13-15 Oktober 2022)

Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin telah berlangsung pada 13-15 Oktober 2022 di Dataran Platinum Mall,Lembah Sireh , Kota Bharu, Kelantan, selama 3 hari.

JMG Kelantan telah diberi peluang membuka booth bagi membuat pameran yang berkaitan dengan JMG dan juga kerjasama ekopelancongan negeri Kelantan.

Pada 13 Oktober 2022 (Khamis) , Slot Pocket Talk dari JMG Kelantan yang bertajuk “Aspiring Stong Geopark : Meraikan Warisan, Memperkasa Ekonomi Masyarakat”. Pocket Talk disampaikan oleh Cik Atilia binti Bashardin (Pegawai Geosains JMG Kelantan.

14 Oktober 2022 (Jumaat) ,berlangsung Perasmian Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin oleh Datuk Seri Takiyyudin bin Hassan (Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)).

Menurut KeTSA, carnival ini berkonsepkan turun padang bagi menyampaikan informasi dan fungsi kementerian serta jabatan/agensi dibawahnya dalam meningkatkan penyampaian perhidmatan kepada rakyat di Zon Timur Semenanjung Malaysia khususnya.

Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) juga telah bersama-sama membuat lawatan ke booth JMG Kelantan.

Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin telah berakhir pada 15 Oktober 2022 (Sabtu),maka berakhirlah juga pameran JMG Kelantan.

Terima kasih atas kerjasama warga JMG Kelantan kerana bekerjasama dalam menjayakan Pameran Karnival KeTSA@Kota Bharu Prihatin, dan juga terima kasih kepada pengunjung-pegunjung pameran kerana sudi singgah di booth JMG Kelantan.

AUDIT NAIZIRAN

AUDIT NAIZIRAN

 

14 SEPTEMBER 2022 ( RABU )

Program Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138,telah diadakan di Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan pada 14 September 2022 (Rabu).

Program naziran ini adalah bertujuan untuk memastikan  supaya Jabatan mematuhi peraturan kewangan dan perakaunan semasa.

Pasukan naziran yang hadir ialah Puan Azelina binti Ismail@Hassan (Timbalan Pengarah WA52),Encik Mohd Zaidi bin Yunus        (Akauntan WA44) dan Puan Norfarrahana binti Mat Zin (Penolong Akauntan W29).

Terima kasih diucapkan kepada pihak naziran yang terlibat.

Perhimpunan Bulanan

Perhimpunan Bulanan

30 Jun 2022

JMG Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil 6/2022 pada 30 Jun 2022 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyurat JMG Kelantan dan dihadiri oleh semua kakitangan JMG Kelantan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh En. Zaidi bin Daud (Tuan Pengarah JMG Kelantan).

Sempena minggu terakhir pelajar industri menjalani latihan di JMG Kelantan, empat pelajar dari UMK,Bachok,Kelantan telah membuat Pembentangan projek dan latihan sepanjang berada di JMG Kelantan.Mereka juga menerima sijil penghargaan khas daripada JMG Kelantan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Urusetia Lawatan Menteri di Dabong kepada semua kakitangan JMG yang terlibat dan diwakili oleh En. Nurzaidi bin Abdullah (Timbalan Pengarah Geosains). Seterusnya ,diadakan penyampaian hadiah kepada kakitangan yang lahir pada bulan Jun iaitu seramai 3 orang. JMG Kelantan juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada kakitangan yang baru berkahwin iaitu En. Muhammad Muhaimin Idzham bin Nazri( Pembantu Geosains C19). Sumbangan juga disampaikan kepada En. Faizul bin Ismail (Pemandu Kenderaan H11)kerana mendapat cahaya mata yang ke3. Tahniah diucapkan kepada semua.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah berupa wang ringgit RM50 kepada pemenang mencipta nama singkatan bagi Kelab Sukan Dan Kebajikan Negeri Kelantan. Pemenang tersebut ialah Cik Ropidah binti Mat Zin dan En. Yuzlan bin Yusoff.

 

Sumber foto : Suhaidah binti Mohd Khalid