BENGKEL PENYELARASAN DATA TELAGA TIUB SUMBER AIR BAWAH TANAH (GIS) 2024

BENGKEL PENYELARASAN DATA TELAGA TIUB SUMBER AIR BAWAH TANAH (GIS) 2024

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) berperanan untuk mengenalpasti potensi sumber air bawah tanah bagi menyokong permintaan bekalan air bersih yang semakin meningkat. Sumber air bawah tanah juga amat diperlukan terutama di kawasan-kawasan sensitif untuk tindakbalas bantuan pengawalan bencana geologi seperti pencegahan dan pengawalan kebakaran tanah gambut. Pengurusan sumber air bawah tanah yang komprehensif akan menjamin sumber bekalan air bersih yang berterusan, seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat dan kesejahteraan persekitaran.

Sebagai agensi tunjak yang berperanan yang mengendali penyiasatan sumber air bawah tanah secara sistematik, JMG telah membangunkan MyGEMS (Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia), iaitu pangkalan data spatial geosains dan sumber mineral negara. Antara komponen utama MyGEMS adalah maklumat berkaitan sumber air bawah tanah seperti data-data telaga tiub.

Sehubungan dengan itu, Kumpulan Teras Hidrogeologi JMG dengan kerjasama Unit Pembangunan Modal Insan (PMI) Ibu Pejabat JMG, dan JMG Negeri Kelantan (JMG Kelantan) telah menganjurkan
Bengkel Penyelarasan Data Telaga Tiub Sumber Air Bawah Tanah (GIS) JMG 2024 bertujuan untuk menyelaras, mengemaskini data telaga tiub dan melatih para pegawai JMG dalam penggunaan teknologi GIS dalam pengurusan maklumat. Bengkel tersebut telah diadakan bertempat di Auditorium Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 24 hingga 26 September 2024.

Seramai 40 orang peserta dari pelbagai cawangan pejabat JMG seluruh negara yang terlibat secara langsung dengan pengurusan sumber air bawah tanah telah menghadiri bengkel tersebut. Selain itu, pakar dalam bidang ukur dan geomatik daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan (JUPEM Kelantan) turut diundang bagi memberikan kuliah dan khidmat nasihat berkaitan perkembangan sistem koordinat, datum dan unjuran dalam usaha mengoptimumkan penggunaan teknologi GIS ini.

Sesi latihan praktikal turut diadakan bagi melatih peserta menggunakan aplikasi GIS untuk mengemaskini dan menyusun data telaga tiub. Sesi ini bertujuan memperkasakan peserta dengan kemahiran teknikal yang diperlukan. Setelah itu, para peserta turut dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan data telaga tiub di kawasan masing-masing. Setiap kumpulan kemudian membuat pembentangan hasil perbincangan.

Bengkel tersebut telah berjaya meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai pentingnya penyelarasan data telaga tiub perlu dilakukan. Di samping itu, telah memahirkan para peserta berkaitan penggunaan teknologi GIS. Penyeragaman format unjuran dan datum data telaga tiub juga akan memudahkan perkongsian maklumat sumber air bawah tanah kepada orang awam. Seterusnya dapat menyediakan pelan pengurusan yang lebih cekap berkaitan maklumat sumber air bawah tanah di masa hadapan.

PROGRAM KESEDARAN GEOPARK

PROGRAM KESEDARAN GEOPARK

๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘ถ๐‘ป๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘ฒ (๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ด๐‘ท๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘บ ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘จ ๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต, ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฉ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฎ) ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป ๐‘บ๐‘ป๐‘ถ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘ถ๐‘ท๐‘จ๐‘น๐‘ฒ

ย 

Pada 21 Ogos 2024, Seramai 35 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Melintang (SKBM) yang merupakan sekolah angkat Stong Geopark menyertai Program Kesedaran Kepentingan Geotapak (Kompleks Gua Ikan, Dabong) anjuran Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan dengan kerjasama UPEN Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Jeli, Majlis Daerah Dabong dan Geoguide Dabong yang berlangsung di Kompleks Gua Ikan, Gua Keris dan Gua Pagar, Dabong.

Program dimulakan dengan taklimat pengenalan Stong Geopark dan kepentingan geotapak oleh Pegawai Geosains JMG Kelantan, En. Razaidi Shah bin A Kadir. Para pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan beserta Geoguide Dabong dan seterusnya memulakan aktiviti meneroka keunikan Kompleks Gua Ikan untuk mempelajari formasi batuan dan fitur โ€“ fitur menarik yang ada disini. Pelajar juga dibawa ke Gua Keris bagi mempelajari Sejarah penempatan awal yang pernah mendiami tempat itu.

ย 

Pada 26 Ogos pula, seramai 40 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong juga merupakan sekolah angkat Stong Geopark menyertai Program Kesedaran Kepentingan Geotapak anjuran Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan dengan kerjasama UPEN Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Jeli, Majlis Daerah Jeli dan Geoguide Jeli yang berlangsung di Gunung Reng, Jeli.

ย 

Program ini bertujuan memberi pendidikan awal kepada pelajar-pelajar sekolah tentang Stong Geopark dan Geotapak serta kepentingan memelihara dan memulihara alam dan geologi terutama di dalam wilayah Stong Geopark. Program ini dilihat sangat positif bagi mendidik generasi muda terhadap kepentingan menjaga alam.

Urusetia program mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Batu Melintang dan SMK Dabong dan semua yang terlibat bagi menjayakan program kali ini.

AKTIVITI JUN 2024

AKTIVITI JUN 2024

AKTIVITI JMG KELANTAN JUN 2024

JUN 2024 11 Jun 2024 (Selasa), JMG Kelantan telah mengadakan satu lawatan ke lombong emas Syarikat CMMC di Sokor, Tanah Merah, Kelantan sempena Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Mineral, Jabatan Mineral dam Geosains seluruh Malaysia. Beberapa orang kakitangan JMG Kelantan juga terlibat dalam lawatan tersebut. Semua pegawai dan kakitangan di bawa ke Dewan untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Geologi ย CMMC. Kemudian semua peserta lawatan di bawa melawat ke sekitar kawasan tempat pemprosesan emas.

ย 

12 Jun 2024 (Rabu), JMG Kelantan menganjurkan aktiviti gotong royong di Stor Cawangan JMG. Hampir semua kakitangan JMG Kelantan telah terlibat dalam gotong royong tersebut.

ย 

13 Jun 2024 (Khamis), Unit Lombong dan Kuari JMG Kelantan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Bharu telah mengajurkan Kursus Pertolongan Cemas diadakan di Bilik Mesyuarat Gunasama Wisma Persekutuan Kota Bharu, Kelantan. Seramai 40 orang peserta JMG Kelantan menyertai kursus ini termasuk Tuan Pengarah, Zaidi bin Daud. Taklimat disampaikan oleh 3 orang pegawai APM iaitu, ย KAPT.(PA) Md Fadir bin Md. Nor, SM.(PA) Rohaizad bin Mamat dan SIN.(PA) Arnee binti Zaminudin.

ย 

Tahniah dan syabas kepada semua kakitangan JMG Kelantan kerana telah memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang telah dianjurkan. Semoga ilmu yang diperolehi dapat memberi manfaat dan panduan dalam kehidupan seharian.

HARI KELUARGA JMG KELANTAN

HARI KELUARGA JMG KELANTAN

HARI KELUARGA JMG KELANTANย 

Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan (KESKEL) telah menganjurkan program Hari Keluarga JMG Kelantan 2024 pada 8 & 9 Mac 2024 bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Terengganu.

Perasmian Hari Keluarga diadakan di Dewan Tanjung Demong dan dirasmikan oleh En. Nurzaidi bin Abdullah (Timbalan Pengarah Sumber Mineral dan Geosains Kelantan). Majlis makan malam dimeriahkan dengan cabutan bertuah kepada semua kakitangan JMG Kelantan yang hadir.

Pada 9 Mac 2024, program Hari Keluarga diteruskan dengan acara sukaneka bagi semua kakitangan JMG serta ahli keluarga danย  berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Terima kasih kepada semua kakitangan JMG Kelantan danย  seluruh ahli keluarga kerana menghadiri Hari Keluarga JMG Kelantan 2024, semoga silaturahim antara semua kakitangan terjalin sehingga akhir hayat.

ย 

AKTIVITI BULAN JANUARI 2024

AKTIVITI BULAN JANUARI 2024

Selamat Tahun Baru 2024

JMG Kelantan telah mengadakan beberapa aktiviti di jabatan sepanjang Januari 2024.

Aktiviti yang telah diadakan ialah Majlis Bacaan Yassin pada 16 Januari 2024, dihadiri oleh semua kakitangan JMG Kelantan. JMG juga menganjurkan pertandingan carom dan bowling peringkat Piala Pengarah. Jabatan Perangkaan Negeri Kelantanย  telah mengadakan taklimat Pangkalan Data Utama (PADU) kepada semua kakitangan JMG Kelantan dan juga memberi tunjukajar cara mengisi borang PADU di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan pada 17 Januari 2024. Perhimpunan Bulanan juga dimeriahkan lagi dengan meraikan pertukaran Setiausaha Pejabat yang akan bertukar ke jabatan lain.