PEMUSNAHAN REKOD AWAM (ARKIB 2/08) OLEH CAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

PEMUSNAHAN REKOD AWAM (ARKIB 2/08) OLEH CAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Pada 28.2.2018 Pusat Penyelidikan Mineral, Cawangan Pentadbiran Dan Kewangan telah melaksanakan pemusnahan rekod awam secara bakar di Stesen Ujian Galian (SUGA) Malim Nawar, Perak.

Seramai 12 orang kakitangan terlibat dalam menjalankan proses pemusnahan ini. Sebelum pemusnahan dijalankan, jabatan ini telah mendapat kebenaran pemusnahan rekod awam oleh Arkib Negara Malaysia Negeri Perak Rujukan No: ARKIBPRK.600-6/31/2 (4).

Baca selanjutnya

LAWATAN MESRA JMG TERENGGANU KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

LAWATAN MESRA JMG TERENGGANU KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Kuala Terengganu, 19 Mac 2018(Isnin) – Satu kunjungan hormat oleh pengurusan JMG Terengganu ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan. Kunjungan ini telah disambut mesra oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Haji Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail. Matlamat kunjungan ini adalah bagi merapatkan hubungan dan kerjasama JMG dengan kerajaan negeri Terengganu.

 

blog 4

 

blog 21

 

blog 22

PROGRAM STRATEGI MENINGKATKAN KREATIVITI KUMPULAN PELAKSANA & LAWATAN KERJA GEOPARK DI KEDAH DAN PULAU PINANG

PROGRAM STRATEGI MENINGKATKAN KREATIVITI KUMPULAN PELAKSANA & LAWATAN KERJA GEOPARK DI KEDAH DAN PULAU PINANG

Unit Latihan Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh telah menganjurkan Program Strategi Meningkatkan Kreativiti Kumpulan Pelaksana dan juga Lawatan Kerja Geopark di Kedah dan Pulau Pinang pada 13 hingga 16 Mac 2018. Program strategik telah diadakan  di Hotel Copthorne Orchid, Pulau Pinang. Program ini disertai oleh kakitangan Sokongan 1 dan staf Unit Pentadbiran dan Kewangan PPM. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dikalangan wargakerja PPM dan bersama-sama komited dan bertanggungjawab serta memberikan kerjasama yang sepenuhnya kearah memastikan perkhidmatan dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan dan cemerlang.

Baca selanjutnya