MAJLIS MENANDATANGANI IBR DAN SESI DIALOG BERSAMA SPRM NEGERI TERENGGANU

MAJLIS MENANDATANGANI IBR DAN SESI DIALOG BERSAMA SPRM NEGERI TERENGGANU

Kuala Terengganu, 28 Februari 2018- Kepimpinan dan kakitangan JMG Terengganu yang diketuai oleh En. Azemi Bin Hj. Eki, pengarah JMG Terengganu telah melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan disaksikan oleh KPKPj Mohd Zaki bin Hassan Pengarah SPRM Negeri Terengganu. Majlis ini bermula pada jam 10.45 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

blog 19

Ucapan aluan dari Pengarah JMG Terengganu.

blog 20

Kakitangan JMG Malaysia Terengganu melafazkan ikrar bebas rasuah

diketuai oleh Pengarah sendiri.

blog 23

Penyerahan dokuman Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang telah ditandatangani kepada

Pengarah SPRM Negeri Terengganu.

SEMINAR PENGURUSAN PERSARAAN BPT

SEMINAR PENGURUSAN PERSARAAN BPT

Ipoh, 16 Mac 2018:   AKRAB Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menganjurkan SEMINAR PENGURUSAN PERSARAAN BPT.  Tujuan seminar adalah  untuk memberi kefahaman yang jelas kepada bakal-bakal pesara agar bersedia dari aspek psikologi dan emosi dalam menetapkan matlamat persaraan  di samping menjelaskan pengurusan dan perancangan kewangan yang berkesan menjelang hari persaraan kelak.

Baca selanjutnya

LATIHAN PEMBUATAN JUBIN SERAMIK

LATIHAN PEMBUATAN JUBIN SERAMIK

Pada awal bulan Mac yang lalu, Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menghantar seramai empat(4) orang pegawai untuk menjalani latihan pembuatan jubin seramik. Latihan ini  diadakan selama tiga(3) hari bermula pada 6 - 8 Mac 2018 bertempat di Ceramic Research Centre Company, Klang Selangor. Empat(4) orang pegawai yang mengambil bahagian adalah Encik Mohd Idham bin Mustaffar, Pegawai Penyelidik Gred Q44, Encik Mohd Razli bin Mohd Latif, Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29, Encik Muhammad Azammudin bin Ahmad Fauzi, Pembantu Penyelidik Gred Q19 dan Cik Suzie Suliana binti Hashim, Pembantu Penyelidik Gred Q19.    

Objektif latihan ini adalah antara lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkenaan dengan kaedah pembuatan jubin seramik secara hands-on yang berkait rapat dengan R&D pembuatan kaca-seramik yang dilaksanakan di CTBS sekaligus dapat meningkatkan kualiti R&D di CTBS khasnya.  Sambil menyelam minum air, pegawai yang menghadiri latihan tersebut juga dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan peserta lain iaitu dari industri jubin seramik yang juga turut serta dalam program berkenaan.   

Baca selanjutnya

Gotong Royong Mengindahkan Pejabat

Gotong Royong Mengindahkan Pejabat

Seremban, 2 Mac 2018 - Satu program Mini Gotong Royong telah diadakan di sekitar pejabat JMG Negeri Sembilan / Melaka bagi mengindahkan pejabat ini. Antara kawasan sasaran adalah di Perpustakaan dan Ruang Pejalan Kaki tingkat 1.

Ini adalah merupakan permulaan program gotong-royong sebelum program gotong royong perdana diadakan dan akan melibatkan seluruh ruang di pejabat ini.

Baca selanjutnya