Majlis Perasmian Sekolah

Majlis Perasmian Sekolah

Sendayan, 23 Februari 2018 - YAB Dato’ Seri Utama Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah hadir dalam Majlis Perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Bukit Bertam, Bandar Sendayan, Negeri Sembilan Darul Khusus. Turut hadir dalam majlis itu ialah YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis itu juga dihadiri oleh Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM.

AKRAB JMG MENYANTUNI PESARA JMG

AKRAB JMG MENYANTUNI PESARA JMG

Wakil AKRAB JMG daripada beberapa negeri/stesen diketuai oleh Dr Hj Ismail bin Ibrahim selaku Pengerusi AKRAB JMG telah membuat kunjungan ke kediaman dua pesara JMG yang berada di sekitar Seremban, N. Sembilan. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha bagi mengeratkan silaturahim di antara warga JMG dan pesara JMG.

Kunjungan pertama adalah ke kediaman Tuan Haji Mohd Ros bin Abd Manap, mantan Pembantu Geosains Kanan dan kunjungan seterusnya ke kediaman Tuan Haji Abdullah Zawawi bin Amir, mantan Timbalan Ketua Pengarah JMG. Wakil AKRAB telah disambut dengan wajah yang ceria dan mereka berdua berterima kasih atas tanda ingatan daripada AKRAB JMG.

Baca selanjutnya

Lawatan PM ke Negeri Sembilan

Lawatan PM ke Negeri Sembilan

Port Dickson, 23 Februari 2018 - YAB Dato’ Seri Utama Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah hadir di dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Dataran Kompleks Pejabat Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Turut hadir dalam majlis itu ialah YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Bersempena dengan majlis itu, satu jamuan makan telah diadakan dan dihadiri oleh Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM.

 

Baca selanjutnya