MESYUARAT PEMBENTANGAN PROJEK PEMANTAUAN CERUN KRITIKAL DI SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN

MESYUARAT PEMBENTANGAN PROJEK PEMANTAUAN CERUN KRITIKAL DI SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN

SELANGOR, Shah Alam -  Pada tarikh 15 Mac 2021, satu mesyuarat telah diadakan bersama di antara JMGSWP dan Kumpulan GoGeo Engineering yang dipengerusikan oleh En. Syed bin Omar. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan hasil penemuan terhadap kerja penilaian 20 cerun kritikal di sekitar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Hasil dari kajian tersebut, laporan akan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (BPT) yang berkaitan supaya tindakan mitigasi terhadap cerun kritikal boleh dilaksanakan.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMGSWP KE PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMGSWP KE PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

SHAH ALAM, SELANGOR : Pada tanggal 15 Mac 2021, Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor yang baru, Tn. Haji Mohd Zulkiflee Bin Che Soh telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Amirudin bin Shari. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh semua Timbalan Pengarah JMG Selangor/ W. Persekutuan.


Tujuan kunjungan hormat berkenaan adalah untuk mempereratkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dan JMG serta memperjelaskan peranan dan fungsi JMG dalam membantu kerajaan negeri berhubung dengan aktiviti yang melibatkan mineral dan geosains.


YAB Dato Menteri Besar amat menyanjungi sumbangan yang telah diberikan oleh JMG selama ini dan berharap agar ianya dapat diperluas dan dipergiatkan lagi dengan kerjasama yang lebih erat bagi membantu pembangunan pesat di negeri Selangor.

PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2020

PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2020

SHAH ALAM, Mac 2021- Seramai tiga warga JMGSWP telah berjaya dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020. Mereka adalah (dari kiri), En. Wan Neqhaikal bin Wan Abdul Karim (Unit Geosains), En. Mohd Izhar bin Samsudin (Unit Geosains) dan En. Mohd Hafeez bin Rusli (Unit Pentadbiran). Sekalung tahniah kepada semua penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 dan semoga terus menerus berbakti dan mempamerkan prestasi perkhidmatan yang terus cemerlang buat perkhidmatan awam negara.