IPOH, 14 November 2013: Pada hari ini telah berlangsung sambutan Hari Inovasi JMG 2013. Program ini telah diadakan di Hotel Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, Perak.
Kunjungan Hormat Pusat Hidrografi Nasional Ke BPT Ipoh
Tanggal 25hb Oktober 2013, satu rombongan kunjungan hormat dari Pusat Hidrografi Nasional yang diketuai oleh Laksamana Muda Dato' Pahlawan Zaim B. Hasan iaitu Ketua Pengarah Pusat Hidrogarfi Nasional di Paya Indah, Selangor.
Kursus Keselamatan Perlindungan dari PKPKK
Ipoh, 21 Oktober 2013. Satu kursus keselamatan perlindungan dokumen, fizikal dan peribadi telah berjaya diadakan di bilik Kasiterit, blok Zamrud BPT. Ahli kursus disertai dari pelbagai jawatan untuk memahami keperluan keselamatan dan prosedur yang perlu dan mesti diambil ketika mengendali, merekod, menyimpan, mengelas dan mengelas semula maklumat berperingkat.
Gotong Royong Perdana Sempena Aidil Adha
Tanggal 9 dan 10 Okt 2013, sempena kedatangan Aidil Adha 1434H, satu majlis gotong royong perdana diadakan di sekitar surau dan kawasan kompleks JMG Ipoh yang merangkumi perkarangan kantin, laluan pejalan kaki, longkang sekitar kompleks, muzium geologi dan makmal kimiabumi. Aktiviti ini melibatkan kebanyakan kakitangan BPT dari pegawai hingga kakitangan sokongan.
MAJLIS BACAAN YASIN
IPOH, 6 September 2013; Majlis Bacaan Yasin telah diadakan di Surau Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG Ipoh. Majlis bertujuan untuk memohon keselamatan kepada 2 orang warga BPT iaitu En Hamid Ariffin dan En Dzazali Ayub yang akan bertolak ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji pada tahun 2013. Majlis yang sama juga dibuat bagi memohon rahmat Allah kepada anak-anak warga BPT yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM serta kepada arwah suami Pn. Petri Jamaliah Megat Dahalan yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.