MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019 DAN LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN  CEMERLANG 2019 DAN LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA

SHAH ALAM, 29 Jun 2020 (Isnin) - JMGSWP telah melangsungkan Majlis Penyampaian APC 2019 dan Lawatan Rasmi Ketua Pengarah JMG Malaysia, Datuk Hj. Shahar Effendi b. Abdullah Azizi bersama rombongan  di mana beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan sijil penghargaan APC kepada En. Qalam A'zad Rosle, Pn. Nurulaiza Adnan dan En. Shah Hafizan Sohaimi yang mana  telah dipilih kali ini untuk menjadi warga contoh dan semoga ketekunan, kecekalan serta keikhlasan mereka dalam menjalankan tugas akan terus berkekalan agar dapat memberi inspirasi kepada keseluruhan warga JMGSWP pada masa akan datang, tahniah diucapkan. Sehubungan itu, Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha En. Nicholas Jacob beserta kakitangan jabatan juga berkesempatan menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Fitri serba ringkas dan sederhana dengan mematuhi S.O.P.  dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Terima kasih.

Baca selanjutnya

JMGSWP MEMULAKAN LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

JMGSWP MEMULAKAN LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

SHAH ALAM, 12 Mar 2020 - JMGSWP telah mengambil langkah awal  dengan melakukan aktiviti pembersihan dan nyahkuman pejabat bagi menangani penularan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19). Pihak pengurusan Bangunan Darul Ehsan kini  juga  sedang menjalankan ujian saringan suhu badan yang diwajibkan ke atas semua kakitangan dan pelawat yang datang berurusan di bangunan pentadbiran. Ujian saringan suhu badan yang membabitkan pintu masuk ke ruang lif lantai lobi dilakukan seawal jam 7.00 pagi sehingga 5.30 petang.

β€œMencegah lebih baik daripada merawat" dan disebalik kebimbangan penularan Covid-19, JMGSWP mahu semua warga kerja dan pelawat berasa yakin dengan tahap keselamatan serta kebersihan pejabat.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2020, MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH UNIT PEMBANGUNAN LOMBONG DAN KUARI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2020, MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH UNIT PEMBANGUNAN LOMBONG DAN KUARI

SHAH ALAM - 28 Februari 2020. Pada hari ini keseluruhan warga JMGSWP akan kehilangan seorang pengarah dan seorang timbalan pengarah yang sebenarnya membawa maksud mereka akan dipindahkan, iaitu Tuan Pengarah En. Jontih Enggihon yang telah berkhidmat selama 2 tahun 2 bulan di JMGSWP akan memulakan tugas beliau yang baru sebagai Pengarah JMG Sabah. Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Lombong dan Kuari, En. Faizal bin Arshad pula yang telah berkhidmat di JMGSWP selama 5 tahun akan memulakan tugas beliau di Ibu Pejabat JMG.

Kami warga JMGSWP ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan cemerlang, jasa dan pencapaian En. Jontih dan En. Faizal yang telah membawa JMG ke satu tahap lebih tinggi yang amat membanggakan dengan sokongan dan bantuan daripada semua kakitangan yang telah mampu memberikan yang terbaik dalam kerja berpasukan. Syabas.

Salam perpisahan dari kami, selamat maju jaya dan semoga tuan berdua akan terus cemerlang di tempat baru. Sekian terima kasih.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 01/2020

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 01/2020

SHAH ALAM, 31 Januari 2020 - JMGSWP telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 01/2020 di Bilik Kuarza, tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. Dalam majlis tersebut, pengarah negeri yang berusaha En. Jontih Enggihon mengambil peluang berkongsi maklumat berkenaan pencapaian dan kejayaan hasil sumbangan JMGSWP kepada kemajuan dan pembangunan negeri Selangor pada tahun 2019. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga JMGSWP. Majlis telah diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada warga jabatan yang sihat sepanjang tahun 2019, khas untuk mereka yang tidak pernah mengambil cuti sakit. Tahniah sekali lagi, semoga JMGSWP akan terus maju menyumbang pada tahun 2020. Terima kasih.

Baca selanjutnya