Pengarah, bersama warga Jabatan Mineral & Geosains Selangor/W. Persekutuan mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 kepada semua rakyat Malaysia. Kami bermohon kepadaMu ya Allah, agar membimbing kami menjadi rakyat yang mensyukuri nikmat kemerdekaan, menghargai nilai persaudaraan dan memelihara perpaduan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini. Ameen.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 08/2021 JMGSELWP
SELANGOR, Shah Alam, 04 Ogos 2021 - Majlis Perhimpunan Bulanan JMGSWP Bil. 08/2021 telah berlangsung dan dilaksanakan secara dalam talian (online ) sepenuhnya dengan mematuhi SOP Fasa Pertama, Pelan Pemulihan Negara memandangkan negeri Selangor masih diletakkan di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Majlis perhimpunan dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan diacarakan oleh Cik Khairunnisa bt. Alias, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez b. Rusli serta bacaan lafaz ikrar oleh En. Ghazali b. A. Rahim. Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee b. Che Soh telah menyampaikan perutusan, amanat dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMGSWP yang hadir pada majlis perhimpunan bulanan kali ini.