MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 04/2022 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 04/2022 JMGSWP

SHAH ALAM, 01 APRIL 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara hibrid. Majlis dimulakan tepat pada pukul 9 pagi dengan bacaan doa, nyanyian lagu negaraku, lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan sesi bacaan Yasin dan doa selamat.

Seperti biasa, agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMGSWP iaiti Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh dan warga jabatan telah diperkenalkan dengan kehadiran dua kakitangan baru iaitu En. Mat Wadi bin Ab Satar yang baru berpindah dari JMG Johor dan Cik Nurulain Syafira Adira bt. Abd Razak yang merupakan lantikan baru. Seterusnya warga jabatan disajikan dengan tayangan montaj bergambar aktiviti-aktiviti jabatan sepanjang bulan Mar 2022 sebelum diakhiri dengan sesi Perkongsian Ilmu yang sangat menarik dan bermanfaat, bertajuk "Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-Ree) di Malaysia" yang disampaikan oleh Encik Abdul hadi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Sumber Mineral.

LAWATAN TEKNIKAL KE KOLAM AIR PANAS DAN PUSAT TERAPI SEMULAJADI HULU TAMU BERSAMA JABATAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

LAWATAN TEKNIKAL KE KOLAM AIR PANAS DAN PUSAT TERAPI SEMULAJADI HULU TAMU BERSAMA JABATAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

HULU SELANGOR, 30 Mar 2022 - JMGSWP telah mengadakan lawatan teknikal bersama Jabatan Landskap Majlis Peerbandaran Hulu Selangor (MPHS) ke Kolam Air Panas, Kerling dan Pusat Terapi Semulajadi Hulu Tamu, Batang Kali bagi melihat keadaan air panas sebelum penyelidikan dan kajian terhadap fizikal serta sumber air panas dilaksanakan.

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Wan Neqhaikal bin Wan Abdul Karim wakil daripada JMG berkenaan dengan teknikal air panas. Turut serta dalam lawatan ini ialah LAr Mohd Fadhil bin Mohd Lani, Pengarah Jabatan landskap MPHS, Ahli Majlis MPHS iaitu Puan Law Suet Peng, Encik Lee Man Wai, Encik Kanagaraja A/L Allagasen dan Encik Murali A/L Samee juga wakil daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS.

 

SIASATAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAMAN BUKIT PERMAI, DAERAH HULU LANGAT OLEH PASUKAN JMGSWP

SIASATAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAMAN BUKIT PERMAI, DAERAH HULU LANGAT OLEH PASUKAN JMGSWP

Pada 10 Mac 2022 yang lalu, satu bencana geologi tanah runtuh telah berlaku di Jalan Teratai 1/2J, Taman Mega Jaya, Daerah Hulu Langat, Selangor yang mengakibatkan 4 orang terkorban dan 1 cedera parah. Kejadian ini juga telah menjejaskan 15 buah rumah serta 10 buah kenderaan.

Unit Geosains JMGSWP telah menjalankan pemeriksaan dan penilaian tapak dari 11 Mac 2022 sehingga 15 Mac 2022 yang merangkumi kerja-kerja  pemetaan geologi kejuruteraan, menjalankan penerbangan drone, menganalisa sampel air (hidrogeologi) , melakukan penggerudian Mackintosh probe (soil investigation) serta menyediakan laporan penilaian tahap keselamatan di kawasan tapak bencana geologi tanah runtuh.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN PERPISAHAN PEGAWAI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN PERPISAHAN PEGAWAI

SHAH ALAM, 01 Mar 2022 - JMGSWP telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 03/2022 dan Perpisahan Pegawai secara hibrid bagi terus mematuhi SOP memandangkan musim Covid yang masih belum reda.

Majlis dipengerusikan oleh En. Azira b. Ramely, bacaan doa oleh En. Mohd. Fauze b. Ab. Majid dan bacaan ikrar integriti perkhidmatan awam oleh En. Ghazali b. A. Rahim. Pengarah negeri, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee b. Che Soh telah menyampaikan perutusan beliau dan diikuti dengan tayangan montaj bergambar aktiviti jabatan dan disusuli dengan sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Geosains, En. Edward Muol.

Majlis Perpisahan pada kali ini adalah untuk meraikan perpisahan dua pegawai warga JMGSWP iaitu En. Mahat b. Hj. Sibon yang akan berukar ke JMG Perak serta Pn. Nur Diyana bt. Yahya yang akan bertukar ke Ibu Pejabat JMG di Putrajaya. Selamat maju jaya dan semoga terus mencipta kecemerlangan di tempat baru.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2022 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2022 JMGSWP

SHAH ALAM, 07 Februari 2022 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 02/2022 telah dianjurkan oleh JMGSWP secara hibrid pada kali ini atas arahan pengarah negeri bagi mematuhi SOP demi keselamatan dan kesejahteraan bersama. 

Majlis yang diacarakan oleh Pn. Zulaikha dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez, nyanyian lagu negaraku dan ikrar integriti perkhidmatan awam oleh En. Ghazali. Pengarah negeri, Yang Berusaha Tuan Haji  Mohd Zulkiflee Che Soh telah menyampaikan perutusan sebelum disusuli tayangan montaj bergambar aktiviti jabatan dan diakhiri dengan sesi penyampaian bantuan kewangan kepada beberapa warga jabatan yang terkesan akibat banjir yang melanda negeri Selangor pada hujung tahun lepas.