GOHTONG JAYA, 16 Disember 2022 - Susulan kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, pasukan "taskforce" JMGSWP sudah berada di lokasi kejadian bagi memantau sebarang pergerakan tanah runtuh di lapangan.
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN "TUNNEL 2 BREAKTHROUGH"
HULU LANGAT, 13 DISEMBER 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan (JMG SWP) telah dijemput menghadiri Majlis Perasmian Tunnel 2 Breakthrough bagi Cadangan Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Pengagihan Air di Negeri Selangor / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan IInfra Sdn. Bhd. dengan dihadiri Agensi Teknikal Berkaitan iaitu JMG SWP, Bahagian Persenjataan Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor serta Ketua Balai Polis Hulu Langat dan kontraktor yang telah dilantik bagi menjalankan kerja letupan terowong iaitu Ota Tunnel Squad Sdn. Bhd. dan Protext Construction (M) Sdn. Bhd.
Projek ini adalah melibatkan pembinaan dua buah terowong air terawat bagi menyalurkan air terawat dari kolam air imbangan Hulu Langat ke kolam air Ampang sepanjang 1050 meter bagi setiap satu terowong.
JMGSWP telah terlibat secara langsung sebagai agensi teknikal yang mengawalselia, memberi nasihat dan mengeluarkan surat sokongan teknikal bagi menjalankan kerja-kerja letupan di tapak berkenaan agar kerja letupan yang dijalankan mengikut Garis Panduan Kerja Letupan Pembangunan JMG.GP.11
LAWATAN TAPAK SIASATAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAMAN HALAMAN, AMPANG JAYA, SELANGOR
SELANGOR, Ampang Jaya, 10 Disember 2022 - Pasukan Penyiasat Bencana Geologi JMG Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan telah digerakkan ke lokasi tanah runtuh di Taman Halaman yang berlaku pada pada 9/12/22 bagi melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas cerun dan kawasan sekitar. Pemeriksaan turut dijalankan bersama pihak MPAJ, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor serta Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (CKC-JKR). Kejadian ini telah mengakibatkan kerosakan pada struktur rumah serta pengosongan beberapa buah rumah.
Tujuan pemeriksaan tapak dilakukan adalah untuk mengenalpasti bahaya geologi (geological hazard) dan tahap kestabilan semasa kawasan terlibat (level of current stability) serta mengenalpasti kemungkinan punca yang mencetus kejadian tanah runtuh yang dilaporkan. Pemeriksaan pihak JMG tertumpu pada aspek geologi dan geomorfologi setempat dalam mengenalpasti punca runtuhan dan cadangan langkah kawalan dan mitigasi yang perlu.
Pihak Jabatan sentiasa bersedia untuk memberikan sebarang input terutama berkaitan aspek geologi/geologi kejuruteraan permukaan dan subpermukaan tapak dan kawasan sekitar akibat bencana geologi tanah runtuh.
LAWATAN TEKNIKAL KE LION MINING SDN. BHD.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 11/2022, BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT
SHAH ALAM, 11 November 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/ Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan beserta Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat.
Majlis bermula tepat pada puku 9.00 pagi, dipengerusikan oleh Cik Nurulain Syafira Adira dan bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez. Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha En. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed telah menyampaikan perutusan beliau kemudian disusuli dengan tayangan montaj bergambar aktiviti bulanan jabatan. Majlis perhimpunan diakhiri dengan sesi Bacaan Yasin dan Doa Selamat khas untuk warga jabatan yang sedang diuji dengan masalah kesihatan dan yang terkesan daripada bencana banjir. Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.