SESI KUNJUNGAN HORMAT PROFESOR DR. TAKAKO DAN PUAN ERIKO KE JMGSWP

SESI KUNJUNGAN HORMAT PROFESOR DR. TAKAKO DAN PUAN ERIKO KE JMGSWP

SHAH ALAM, JMGSWP, 23 Mac 2023 - Kujungan hormat oleh Profesor Dr. Takako Izumi dari Tohoku University, Sendai, Jepun dan Puan Eriko Motoyama dari Program Perkongsian JICA, dalam "Memperkasakan Amalan Pengurangan Risiko Bencana (DRR-Disaster Risk Reduction) untuk Meningkatkan Keselamatan dalam Komuniti dengan Memahami Risiko Bencana (SeDAR)".

Sesi pertemuan juga meliputi perbincangan teknikal dalam mempertingkatkan keberkesanan program CBDRM (Community Based Disaster Risk Management) dan peluang kerjasama JMG-SeDAR bagi menampakkan peranan jabatan tentang pengurangan risiko bencana dalam komuniti.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERPISAHAN TIMBALAN PENGARAH JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERPISAHAN TIMBALAN PENGARAH JMGSWP

SHAH ALAM, 14 Mac 2023 – JMGSWP telah menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mac 2023 serta Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan.

Pada perhimpunan kali ini, sesi bacaan doa diketuai oleh En. Mohd. Fauzi bin Abd Majid, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh En. Muhammad Harith bin Hamdan dan majlis diacarakan oleh En. Azira bin Ramely. 

Setelah selesainya amanat daripada Tuan Pengarah, Yang  Berusaha, En. Tuan Rusli b. Tuan Mohamed, majlis diserikan pula dengan Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah En. Edward Muol yang akan memulakan tugas beliau di JMG Sarawak setelah dua tahun menabur bakti di Negeri Selangor. Terima kasih Tuan Edward dan semoga terus cemerlang di tempat baru.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2023 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2023 JMGSWP

SHAH ALAM, 21 Februari 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari Tahun 2023, bertempat di bilik Kuarza tingkat 6, Bangunan Darul Ehsan. 

Selain sesi tayangan montaj video bergambar, majlis perhimpunan kali ini juga diserikan dengan aktiviti  penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan sukan Ping Pong di dalam jabatan dan diakhiri dengan Sesi Perkongsian Ilmu yang disampaikan oleh En. Muhammad Ramzanee Mohd Noh bertajuk "Bencana Geologi Tanah Runtuh Fathers Organic Farm, Batang Kali".

SESI KUNJUNGAN MESRA ROMBONGAN PENGARAH PLANMalaysia@Selangor KE JMGSWP

SESI KUNJUNGAN MESRA ROMBONGAN PENGARAH PLANMalaysia@Selangor KE JMGSWP

SHAH ALAM, 15 Februari 2023 - Pengarah PLANMalaysia@Selangor, Tuan TPr KHAIRUL BIN IBRAHIM bersama rombongan telah mengadakan sesi kunjungan mesra ke pejabat JMGSWP. Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan halatuju pembangunan projek Gombak - Hulu Langat Geopark (GHL Geopark) yang telah mendapat pengiktirafan rasmi di peringkat kebangsaan sebagai Geopark Kebangsaan.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 01/2023 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 01/2023 JMGSWP

SHAH ALAM, 30 Januari 2023 – JMGSWP telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 01/2023 untuk kali pertama pertama untuk tahun 2023. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, lafaz Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam dan diikuti perutusan oleh pengarah, Yang Berusaha Encik Tuan Rusli b. Tuan Mohamed.

Untuk makluman, JMGSWP telah menerima penghargaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ke atas sumbangan jasa bakti dan komitmen dalam operasi mencari dan menyelamat dalam tragedy tanah runtuh Batang Kali, Selangor Darul Ehsan sempena majlis “National Conference on Mental Health & Wellbeing” yang berlangsung di Hotel Everly, Putrajaya baru ini.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan montaj aktiviti bergambar jabatan dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada warga-warga jabatan yang telah menang dalam pertandingan sukan (karom) dalam jabatan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan JMGSWP (KESUKSES).