LAWATAN PEMERIKSAAN TEKNIKAL PENGEKSPORTAN PASIR

LAWATAN PEMERIKSAAN TEKNIKAL PENGEKSPORTAN PASIR

SELANGOR, PELABUHAN KLANG, 10 OGOS 2023 - Pemeriksaan teknikal pengeksportan pasir Syarikat Lion Mining Sdn. Bhd. dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan bersama pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor di atas "mother vessel" yang terletak di perairan Pelabuhan Klang.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 07/2023

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 07/2023

SHAH ALAM, JMGSWP, 28 Julai 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Julai 2023 yang bertempat di Bilik Kuarza Lantai 7, Bangunan Darul Ehsan. Aktiviti majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, bacaan doa, perutusan oleh Pengarah Negeri, Yang Berusaha, Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, tayangan video montaj bergambar aktiviti jabatan bagi Bulan Mei hingga Bulan Julai 2023 dan diakhiri dengan sesi taklimat cara pengisian borang tuntutan perjalanan dalam aplikasi HRMIS yang disampaikan oleh Pegawai Geosains, Encik Mohd Nizam bin Md Noordin.

PEPERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 04/2023

PEPERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 04/2023

SELANGOR, 11-12 Julai 2023 - Satu sesi Peperiksaan Lesen Pembedil (Amali) Bil. 4/2023 telah diadakan di pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan, Shah Alam dan di Kajang Rocks Quarry Sdn. Bhd. yang dikendalikan oleh sepasukan pegawai-pegawai dari Unit Pembangunan Lombong dan Kuari.

 

PROGRAM PERKONGSIAN JICA-SEDAR BAGI MEMPERKASAKAN KAPASITI PENGURANGAN RISIKO BENCANA (DRR) DEMI MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN SEKURITI KOMUNITI DENGAN MEMAHAMI RISIKO BENCANA (SeDAR)

PROGRAM PERKONGSIAN JICA-SEDAR BAGI MEMPERKASAKAN KAPASITI PENGURANGAN RISIKO BENCANA (DRR) DEMI MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN SEKURITI KOMUNITI DENGAN MEMAHAMI RISIKO BENCANA (SeDAR)

SELANGOR, 09 Julai 2023 - Sesi Perkongsian Ilmu: Taklimat berkenaan Pemantauan Pengurangan Risiko Bencana Tanah Runtuh - Mukim Hulu Langat bersama agensi-agensi teknikal  dan Komuniti Batu 14, Hulu Langat oleh pasukan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Yang Berusaha Pengarah Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed.

PEMERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 03/2023

PEMERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 03/2023

SELANGOR, 13-14 Jun 2023.  Peperiksaan Pembedil (Amali) Bil. 3/2023 telah diadakan di Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan dan di Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd.

Pegawai dari Unit Pembangunan Lombong dan Kuari JMGSWP juga mengadakan peperiksaan lesen pembedil bagi Sesi Bil. 03 Tahun 2023.

PEPERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 01/2023

PEPERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 01/2023

SELANGOR, 09-10 Mei 2023 - Peperiksaan Pembedil (Amali) Bil. 1/2023 diadakan di Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan dan di Kuari Ang Cheng Sdn. Bhd.

Pegawai dari Unit Pembangunan Lombong dan Kuari JMGSWP telah melaksanakan peperiksaan lesen pembedil bagi sesi Bil.1 Tahun 2023.

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN KE JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN KE JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 25 Mei 2023 - Kunjungan Hormat Jabatan Mineral dan Geosains Selangor /Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Tuan Pengarah Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed kepada Pengarah Perhutanan Negeri Selangor diadakan pada 25 Mei 2023 di pejabat Pengarah Jabatan Hutan Selangor bagi membincangkan perkara berkaitan satu Pengurusan di awal bencana geologi, Pengurusan alam sekitar,Pengurusan sumber mineral NREE dan Pengurusan aktiviti lombong dan kuari di kawasan perhutanan Negeri Selangor.

SESI PENDAFTARAN DAN LATIHAN PENGUNAAN SISTEM "BLESS"

SESI PENDAFTARAN DAN LATIHAN PENGUNAAN SISTEM "BLESS"

SHAH ALAM, JMGSWP, 17 Mei 2023 - JMGSWP mengadakan satu Sesi Pendaftaran dan Latihan Penggunaan Sistem Business Licensing Electonic Support System (BLESS) Untuk Permohonan Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) untuk pengusaha-pengusaha kuari di Negeri Selangor yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Yang Berusaha Tuan Zambri bin Ramli.