SHAH ALAM, 21 Mac 2024 - Kunjungan Hormat oleh Professor Dr. Izumi Takako dari Tohoku University Japan dan Puan Eriko Motoyama bagi membincangkan keberhasilan projek Japan Partneship Program (JPP) Strengthening the Disaster Risk Reduction Capacity to Improve the Safety & Security of Communities by Understanding Disaster Risks (SeDAR) yang telah berjaya dilaksanakan selama empat tahun di Negeri Selangor. JMG merupakan salah satu agensi teknikal utama yang bekerjasama dalam projek ini dalam memberikan input teknikal melalui latihan dan bengkel kepada komuniti dalam konteks pengurusan risiko bencana geologi tanah runtuh. Antara impak penting projek ini adalah dengan tertubuhnya komuniti SeDAR di kawasan yang berisiko bencana selain usaha komuniti setempat mewujudkan Pusat Sumber Komuniti DRR di Bukit Antarabangsa. JMG turut menyumbangkan beberapa bahan bacaan dan nota teknikal berkaitan bahaya dan risiko bencana geologi kepada Pusat Sumber tersebut untuk dimanfaatkan kepada penduduk setempat.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 02/2024
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES) ANJURAN JMG
PUTRAJAYA, 14 Mac 2024 - Sepasukan warga JMGSWP yang diketuai oleh Pengarah, Yang Berusaha Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed telah menyertai Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Bil. 3 Tahun 2024 yang dianjur dan dihoskan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bertempat di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.
KAJIAN POTENSI SUMBER NADIR BUMI (REE) DI DAERAH HULU SELANGOR
SESI PERBINCANGAN JMGSWP BERSAMA BRITISH GEOLOGICAL SURVEY (BGS)
SELANGOR, 30 Januari 2024 - Sesi "Brainstorming" Projek Pemetaan Geologi Subpermukaan Greater K.L. bersama pasukan British Geological Survey (BGS), serta cadangan kerjasama masa akan datang.
Perbincangan melibatkan penglibatan kesemua sub-bidang geologi (GeoDiversity) bagi memastikan hasil yang dihasilkan adalah holistik dan berkesan.
Lawatan kerja juga diadakan ke Geotapak Batu Arang bagi berkongsi pandangan diantara kedua belah pihak.
Sesi ini diketuai oleh pengarah JMG Selangor/Wilayah Persekutuan iaitu P.Geol. Tuan Rusli, disertai timbalan P.Geol. En. Qalam A'zad, kakitangan Unit Geologi Kejuruteraan serta Unit Hidrogeologi.