SHAH ALAM, 27 November 2019 (Rabu) - JMGSWP telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 11/2019 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza di mana kali ini warga jabatan meraikan kehadiran dua jejaka tampan yakni kakitangan baru yang menyandang jawatan Pembantu Geosains yang akan ditempatkan di Unit Sumber Mineral dan Unit Pembangunan Lombong & Kuari. Pengarah negeri, Yang Berusaha En. Jontih Enggihon juga menyempurnakan sesi penyampaian sijil kehadiran kepada tiga siswa dari Universiti Teknologi Petronas yang akan menamatkan program latihan industri di JMGSWP dan mendoakan agar mereka mendapat keberkatan dan kemanfaatan ilmu yang telah ditimba dan selamat maju jaya.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL.10/2019 DAN PERPISAHAN EN. HARRY JENYRIUS MAJIN
SHAH ALAM, Jumaat 15 Oktober 2019 - JMGSWP telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Perpisahan En. Harry Jenyrius Majin, Pembantu Geosains Gred C22 yang akan berpindah ke JMG Sabah pada hujung bulan Oktober. Pengarah yang berusaha En. Jontih Enggihon serta keseluruhan warga JMGSWP mengucapkan salam perpisahan, penghargaan atas khidmat yang telah disumbangkan dan selamat maju jaya semoga pengalaman kerja yang tidak sebarapa lama di JMGSWP tetap akan menjadi kenangan manis yang akan dibawa bersama bertugas di kampung halaman, Kota Kinabalu. Sekian, terima kasih.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERSARAAN EN. KAMAL AZLAN BIN JUSOH
SHAH ALAM, Jumaat, 06 September 2019 - JMGSWP telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 09/2019 dan Majlis Persaraan En. Kamal Azlan bin Jusoh, Pembantu Geosains Gred C26. Beliau yang mula berkhidmat di Jabatan Galian Malaysia pada tahun 1980, telah menabur bakti selama 38 tahun sebelum bersara pada hari ini, di JMGSWP. Semoga En. Kamal sentiasa sihat dan terus menyumbang melalui pengalaman luas beliau dalam apa jua bidang yang akan diceburi kelak. Ucapan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya dari pengarah serta keseluruhan warga JMGSWP.
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEHADIRAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SHAH ALAM, 30 Ogos 2019 (Jumaat) - Satu majlis penyampaian sijil kehadiran kepada para graduan Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah berjaya menjalani program latihan industri selama 2 bulan di JMGSWP. Dalam majlis tersebut seramai 10 pelajar, yakni 9 wanita dan seorang lelaki menerima sijil masing-masing yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Negeri, En. Nicholas Jacob. Kami, seluruh warga JMGSWP mendoakan kejayaan mereka, agar dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari pada masa akan datang. Terima kasih.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERSARAAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2019 JMGSWP
SHAH ALAM, 01 Julai 2019 (Isnin) - JMGSWP telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 07/2019 beserta sambutan Aidilfitri peringkat jabatan di Bilik Kuarza, tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. Bersempena majlis tersebut, pihak JMGSWP juga mengambil kesempatan untuk meraikan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) iaitu Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Zukeri bin Ab. Ghani yang akan bersara dalam masa terdekat. Pengarah dan warga JMGSWP mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa perkhidmatan beliau di JMG selama lebih 30 tahun , selamat maju jaya dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik.