CCOP - JMG - BGS WORKSHOP ON URBAN GEOLOGY

CCOP - JMG - BGS  WORKSHOP ON URBAN GEOLOGY

PUTRAJAYA, 26 Februari 2019 -  Satu bengkel bertajuk "CCOP-JMG-BGS Workshop On Urban Geology" telah langsungkan di Hotel Everly bermula dari tarikh 26 hingga 28 Februari 2019. Seramai 10 warga JMGSWP termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah telah terlibat dalam menjayakan program bengkel tersebut sama ada sebagai peserta dan urusetia. Sebagai penutupan program bengkel iaitu pada hari ketiga, satu sesi lawatan tapak ke tiga tempat telah diadakan di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Baca selanjutnya

AKTIVITI PEMANTAUAN KERJA PELETUPAN TEROWONG PROJEK MRT

AKTIVITI PEMANTAUAN KERJA PELETUPAN TEROWONG PROJEK MRT

SELASA, 12 Februari 2019 - Unit Pembangunan Lombong Dan Kuari JMGSWP telah menjalankan aktiviti pemantauan kerja peletupan bagi pembinaan terowong di tapak Projek MRT Laluan 2 iaitu untuk laluan Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya. Kontraktor peletupan yang dilantik bagi menyempurnakan kerja-kerja peletupan terowong ialah OTA Tunnel Square Sdn. Bhd. Pemantauan tersebut adalah bertujuan untuk memastikan tahap gegaran dan ledakan udara berada di bawah paras yang telah ditetapkan oleh JMG.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, Selasa 29 Februari 2019 - Pengarah JMGSWP, Timbalan Pengarah beserta 10 kakitangan telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Selangor yang dilangsungkan di dewan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Majlis tersebut dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin Bin Shari.

AKTIVITI SUKAN "PAINTBALL" ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JMGSWP

AKTIVITI SUKAN "PAINTBALL" ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JMGSWP

Pada 26/1/2019, bersamaan hari Sabtu, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Selangor/ Wilayah Persekutuan telah menganjurkan satu aktiviti riadah sukan "paintball" bertempat di Mudtrekker Paintball Park, Shah Alam , Selangor. Objektif utama sukan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di samping meningkatkan  semangat kesukanan antara ahli kelab. Di harap aktiviti sebegini dapat diteruskan  pada masa hadapan bagi mewujudkan persekitaran yang positif di tempat kerja dan menguatkan lagi keakraban sesama ahli kelab.

Baca selanjutnya