PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 12/2018

PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 12/2018

SHAH ALAM, 13 Disember 2018 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 12/2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, JMG Selangor/Wilayah Persekutuan, Bangunan Darul Ehsan yang merupakan majlis perhimpunan bulanan terakhir bagi tahun 2018. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah Negeri, Yang Berusaha En. Jontih Enggihon. Beliau berkongsi maklumat berkenaan kedudukan pencapaian kewangan dan perbelanjaan jabatan pada penghujung tahun yang baik dan memuaskan disamping memberi nasihat, peringatan serta pujian kepada warga JMGSWP. Sesi tayangan montaj bergambar aktiviti-aktiviti JMGSWP sepanjang tahun 2018 mengakhiri aturcara majlis.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM 3D-KL "GEOLOGICAL GROUND MODELLING WORKSHOP"

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM  3D-KL "GEOLOGICAL GROUND MODELLING WORKSHOP"

KUALA LUMPUR, Cheras, 7 November 2018 - Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) Yang Berusaha En. Kamal bin Daril telah merasmikan Program 3D-KL "GEOLOGICAL GROUND MODELLING WORKSHOP" bertempat di Cempaka Apartment Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel ini adalah merupakan kerjasama di antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan British Geological Survey dalam bidang teknikal dan perkongsian pengalaman dalam membangunkan Projek 3D-KL yang juga merangkumi aktiviti-aktiviti lawatan kajian ke kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur dan negeri Selangor dan dibantu oleh maklumat dan data-data geosains yang dibekalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL), Jabatan Kerja Raya(JKR) serta Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd.(MRT).

Majlis perasmian juga dihadiri Pengarah JMG Selangor/W. Persekutuan, En. Jontih Enggihon. Bengkel yang bermula pada tarikh 07 sehingga 23 November 2018 disertai oleh wakil-wakil daripada JMG, DBKL, JKR, MRT, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 10/2018

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 10/2018

Rabu 31 Oktober 2018, Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 10/2018 telah diadakan di Bilik Kuarza, JMGSWP. Majlis perhimpunan kali ini telah dipengerusikan oleh En. Nicholas Jacob iaitu Timbalan Pengarah baru yang  kembali semula berkhidmat di JMGSWP setelah sekian lama merantau ke JMG Sabah, JKR dan JMG Ibu Pejabat.

Majlis Perhimpunan Bulanan juga disusuli dengan sesi Ujian Dadah melalui saringan air kencing dan taklimat "Pengurusan Kewangan Islam berdasarkan Faraid, Wasiat dan Hibah" oleh wakil dari Amanah Raya.

Baca selanjutnya