Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-24 (MAT-24) Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM)

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-24 (MAT-24) Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM)
Ipoh, 24 Februari 2025 - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-24 (MAT-2025) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh, Perak. MAT-24 ini telah dihadiri oleh seramai 84 ahli Kelab dan 3 ahli bersekutu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penasihat KSKPPM, YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad. Selain ucapan aluan yang disampaikan oleh Yang Dipertua KSKPPM, Ts.Zawawi bin Mahim, majlis turut dimeriahkan dengan jemputan YBhg. Dato' Nurul Huda bin Ramli, Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT), En. Adha Syuraini bin Abd Ghani, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi JMG Perak dan Encik Mohd Fuzi bin Hashim, Timbalan Presiden KSK BPT.
Selain itu, majlis ini turut ditayangkan slaid aktiviti Kelab sepanjang tahun 2024 dan pengumuman hadiah kecemerlangan anak-anak ahli Kelab. Sebagai agenda utama, MAT-24 yang berlangsung selepas majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua Kelab. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan kewangan Kelab oleh Bendahari dan pembentangan aktiviti-aktiviti Kelab oleh setiap Setiausaha Biro. Pelantikan Bendahari baharu sesi 2024/2026 iaitu En Syazwan Bin Norilham. MAT-24 turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Hadiah cabutan bertuah ini merupakan sumbangan daripada KSKPPM dan juga tajaan daripada ahli individu Kelab.
KSKPPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang sentiasa komited menyokong aktiviti Kelab. Diharapkan agar barisan AJK ini mampu mengelola pengurusan dan kebajikan Kelab dengan lebih menarik dan terus cemerlang berselari dengan moto KSKPPM β€œBERBAKTI MELALUI KSKPP”.

BENGKEL PELUPUSAN FAIL

BENGKEL PELUPUSAN FAIL
Ipoh, 18 – 19 Februari - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP), Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan satu Bengkel Pelupusan Fail. Bengkel selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Puan Nuriqa Irani binti Yahya dan Puan Dayana Afiqah binti Nasir, pegawai arkib dari Arkib Negara Malaysia.
Baca selanjutnya

Mineral Tempatan Pacu Inovasi! Pakar Kongsi Ilmu di SCI-INS 2025

Mineral Tempatan Pacu Inovasi! Pakar Kongsi Ilmu di SCI-INS 2025
Bangi, Selangor. 18 Februari - Industri mineral tempatan terus mendapat perhatian! Pegawai Penyelidik, Ts. Muhammad Afiq Afandi bin Abdul Aziz dari Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung, Pusat Penyelidikan Mineral tampil sebagai penceramah jemputan di Scientific Instrumentation 2024 (SCI-INS) yang berlangsung di Bangi Resort Hotel.
Baca selanjutnya

SESI DEMONSTRASI INSTRUMENTASI MIKROSKOP

SESI DEMONSTRASI INSTRUMENTASI MIKROSKOP
IPOH, 17 Februari - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan, Pusat Penyelidikan Mineral dengan kerjasama Syarikat Novatiq Scientific Sdn Bhd., telah menganjurkan satu sesi demonstrasi instrumentasi mikroskop pada hari ini. Seramai 28 orang pegawai dan pembantu penyelidik telah menyertai sesi demonstrasi ini.
Baca selanjutnya

MESYUARAT PENGURUSAN UTAMA BIL. 1/2025

MESYUARAT PENGURUSAN UTAMA BIL. 1/2025
IPOH, 24 JAN - Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 1/2025 telah diadakan di Dewan Seminar PPM yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr. Nazwin Binti Ahmad.
Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah pencapaian para pegawai penyelidik pada tahun 2024 yang telah mengangkat nama Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia melalui pertandingan inovasi, pembentangan kertas teknikal dan usahasama yang dijalinkan dengan pihak industri dalam pembangunan mineral.
Di samping itu, turut dibentangkan perancangan aktiviti R&D bagi tahun 2025 bagi memastikan kajian-kajian yang berkaitan dengan sumber mineral dapat dijalankan secara efektif dan efisien melalui pembangunan penyelidikan secara mampan.