LANGKAWI, 6 NOV β Pegawai Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG), Ts. Zawawi Mahim telah membentangkan kertas teknikal yang bertajuk βOptimizing Industrial Waste for Sustainable Mineral Production: A Geoscientific Approach to Precipitated Calcium Carbonate in Malaysiaβ.
Baca selanjutnya
PROGRAM PROMOSI PERKHIDMATAN UJIAN BATU DIMENSI KE KUARI SEKITAR NEGERI PERAK
IPOH, 28 OKTOBER β Satu program promosi secara bersasar bagi perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD) telah diadakan di kuari-kuari sekitar Mukim Sg Raia, Daerah Kinta.
Program ini bertujuan memberikan hebahan dan mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pihak kuari berhubung perkhidmatan ujian batu dimensi yang disediakan di Pusat Penyelidikan Mineral.
Program ini telah dijayakan oleh Pasukan Promosi MS ISO 9001:2015 & Harta Intelek PPM dengan kerjasama JMG Negeri Perak. Kuari yang terlibat dalam program pada kali ini ialah Kuari Bukit Pulai Sdn. Bhd. dan Sri Martek Marbles Industries (M) Sdn. Bhd., Mukim Sg Raia, Daerah Kinta, Perak.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Taklimat : Perlaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
Ipoh, 18 Oktober - Unit Pentadbiran dan Kewangan, Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan satu taklimat berkenaan SSPA
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Wan Shafarina bt Wan Marzuki (Pembantu Tadbir Kanan N22) bertempat di Dewan Seminar, PPM
Diharap sesi taklimat ini dapat menambah pengetahuan semua warga PPM dengan lebih mendalam tentang Perlaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Program Gotong Royong Perdana Peringkat PPM 2024: Bersama Menjaga Alam Sekitar
Alhamdulillah, Program Gotong Royong Perdana 2024 telah berjaya dilaksanakan pada 17/10/2024 bertempat di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar. Seramai 90 kakitangan dari pelbagai unit menyertai usaha ini dalam memastikan persekitaran kerja kita kekal bersih, selamat, dan indah. 



Aktiviti yang dijalankan:



Hasilnya, kita berjaya menghias semula kawasan SUGA untuk suasana kerja yang lebih nyaman. 



Terima kasih kepada semua yang terlibat! Dengan semangat kebersamaan ini, kita bukan sahaja menjaga alam sekitar, tetapi juga mengeratkan silaturahim sesama warga kerja. 



Jom kita teruskan usaha menghijaukan kawasan kerja dan sekitarnya!
"Latihan Hasilkan Pelet Kaca Kristal: Bongkar Rahsia Kaca Kristal Berkualiti Tinggi!"
15-16 Oktober 2024 β 20 peserta dari Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) dan kumpulan sokongan berkumpul untuk belajar seni menghasilkan kaca kristal. Bengkel ini adalah anjuran bersama CTBS dan CPP, Pusat Penyelidikan Mineral.
Apa yang menarik?
1) Pendedahan eksklusif! Pelajari langkah demi langkah pembuatan pelet kaca kristal, dari bahan mentah sehingga ke produk pelet yang sedia untuk dipasarkan
2) Kenali alatan dan bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan pelet kaca berkualiti tinggi.
3) Praktikal & teori bergabung! Peserta dapat peluang hands-on menghasilkan pelet kaca sendiri.
4) Stok kaca kristal berkualiti dapat hasilkan kaca kristal yang lutsinar dan menarik
Baca selanjutnya