LAWATAN PELAJAR TAHUN SATU PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN SUMBER MINERAL KE GALERI PENYELIDIKAN DAN MAKMAL PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

LAWATAN PELAJAR TAHUN SATU PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN SUMBER MINERAL KE GALERI PENYELIDIKAN DAN MAKMAL PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan daripada pelajar tahun satu Pusat Pengajian Kejuruteraan Sumber Mineral, USM.
Rombongan terdiri daripada 22 orang pelajar tahun 1 dan 2 orang pensyarah pengiring dari PPKBSM, USM.
Dalam lawatan ini, ahli rombongan telah diberi taklimat mengenai PPM dan dibawa melawat hasil penyelidikan PPM di Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal CTPP, CTBT, CTPLK dan CTPM.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat memberi input dan perkongsian pengalaman yang berguna dengan para pelajar sebagai pewaris dalam bidang sumber mineral di rantau ini.

PENGALAMAN BAHARU DI CAWANGAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINERAL (CTPM)

PENGALAMAN BAHARU DI CAWANGAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINERAL (CTPM)
IPOH,19 NOVEMBER - Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) dengan sukacitanya menyambut kehadiran empat pembantu penyelidik baru dan seorang pelajar latihan industri untuk menjalani program orientasi selama dua hari.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal tentang aktiviti kajian dan pembangunan serta perkhidmatan pemprosesan mineral yang dijalankan khususnya di makmal CTPM.
Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuk:
Baca selanjutnya

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YAASIN DAN TAHLIL RINGKAS

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YAASIN DAN TAHLIL RINGKAS
IPOH, 18 NOVEMBER - Biro Kebajikan, Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah mengadakan satu sesi solat hajat, bacaan Yaasin, dan tahlil ringkas bertempat di Surau PPM, selepas solat zohor .
Majlis ini diadakan bertujuan bagi mendoakan keselamatan beberapa orang ahli KSKPPM yang akan mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini, serta mendoakan kesejahteraan ayahanda Ts. Encik Muhammad Afiq Afandi Bin Abdul Aziz dan juga bagi mendoakan arwah ayahanda Puan Nabihah Binti Othman.
Semoga majlis ini mendapat keredhaan Allah S.W.T.

PPM BERJAYA DALAM AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015

PPM BERJAYA DALAM AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015
IPOH, 15 NOVEMBER – Sekalung tahniah buat PPM atas kejayaan melepasi audit pensijilan semula (recertification audit) yang telah dijalankan pada 14 - 15 November 2024 oleh auditor dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Puan Meena a/p Ragawan dan En. Muhammad Fadhlullah bin Rahmat.
Baca selanjutnya

MYQDMI V2.0 AI APPS FOR SPATIAL ASSESSMENT AND SOURCE IDENTIFICATION OF DUST POLLUTION AT QUARRY SITE

MYQDMI V2.0 AI APPS FOR SPATIAL ASSESSMENT AND SOURCE IDENTIFICATION OF DUST POLLUTION AT QUARRY SITE
PUTRAJAYA, 23 OKT - Pegawai Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) En Ahmad Firdaus Shamsul Baharin dari Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP) telah membentangkan kertas teknikal bertajuk β€œMYQDMI V2.0 AI APPS FOR SPATIAL ASSESSMENT AND SOURCE IDENTIFICATION OF DUST POLLUTION AT QUARRY SITE”.
Pembentangan ini diadakan di IQM CONEX, SMART QUARRIES: AI & TOP TRENDING TECHNOLOGIES (SQ-ATT 2024) pada 22-23 Oktober 2024 bertempat di Palm Garden Hotel, Putrajaya.