LAWATAN DELEGASI DARI INDUSTRIAL INNOVATION ACADEMY (IIA) DAN THE EARTH SCIENCES CONSULTATION CENTRE (ESCC), OMAN KE PPM

LAWATAN DELEGASI DARI INDUSTRIAL INNOVATION ACADEMY (IIA) DAN THE EARTH SCIENCES CONSULTATION CENTRE (ESCC), OMAN KE PPM
IPOH, 22 November – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan dari Industrial Innovation Academy (IIA) dan The Earth Sciences Consultation Centre (ESCC), Oman.
Lawatan ini bertujuan mempelajari pembangunan terkini dalam industri jubin, batu kapur, batu hiasan dan sebagainya di samping membina hubungan dan kerjasama industri dengan PPM dan JMG dalam bidang mineral.
Dalam rangka lawatan ini, delegasi IIA-ESCC diketuai oleh diketuai oleh En. Marwan Khamis Al-Moqbali bersama 7 orang pegawai dari IIA dan ESCC.
Rombongan telah diberi taklimat profil korporat PPM dan tayangan video korporat PPM, perbincangan kerjasama industri seterusnya lawatan ke Galeri PPM dan makmal CTBS, CTBT dan CTBT.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat membuka peluang kerjasama dalam meningkatkan lagi industri mineral antara dua negara ini.

PRIMARY TIN CONFERENCE (PTC) 2023

PRIMARY TIN CONFERENCE (PTC) 2023
KUALA LUMPUR, 16 November - Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) telah menyertai PTC 2023 yang berlangsung pada 16 November 2023 bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Seorang pegawai penyelidik dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) PPM turut membentangkan kertas kerja di persidangan ini. Kertas kerja bertajuk Enhancing Tin Grade by Removing Siderite from Primary Tin Ore telah dibentangkan oleh En. Costantine Joannes.
Persidangan ini telah dianjurakn oleh Lembaga Industri Timah (Penyelidikan dan Pembangunan) dan Dewan Perlombongan Malaysia (MCOM) serta dirasmikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, YBhg Datuk P. Geol. Zamri bin Ramli pada hari yang sama.

Lawatan ke Ladang dan Kilang Pemprosesan Kenaf

Lawatan ke Ladang dan Kilang Pemprosesan Kenaf
PERLIS, 8 NOV - Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Ladang Kenaf dan Kilang Pemprosesan Kenaf di Chuping, Perlis.
Lawatan ini melibatkan 15 orang kakitangan PPM yang diketuai oleh YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), YBrs, Dr. Rohaya binti Othman, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), dan YBrs, En. Hamdan bin Yahya, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL).
Tiga tempat yang telah dilawat ialah Kilang Pulpa Kenaf di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Pusat Industri Kenaf Batu Bertangkup dan Ladang Kenaf di Chuping, Perlis.
Di sini terdapat 200 hektar tanaman kenaf di bawah LKTN dan pihak swasta, sebahagian besarnya untuk diproses bagi bekalan benih. Negeri Perlis menyumbang antara 30 - 40 metrik tan benih kenaf bagi keperluan penanaman kenaf seluruh negara.
Lawatan ketiga diteruskan dengan melawat Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf, Beseri, Perlis.
Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf ini berfungsi sebagai hab pengeluaran biji benih kenaf berkualiti bagi menjamin kemampanan bekalan benih kepada industri dengan kemampuan memproses biji benih melebihi 100 metrik tan.

TECHNICAL TALK ON REE AND GEOLOGY SAMPLE ANALYSIS IN LAB

TECHNICAL TALK ON REE AND GEOLOGY SAMPLE ANALYSIS IN LAB
Ipoh, 8 November - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) dengan kerjasama RGS Corporation Sdn. Bhd. telah mengadakan satu Technical Talk on REE and Geology Sample Analysis in Lab di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh.
Sesi ceramah teknikal ini telah disampaikan oleh
Mr Loy Ho Chih dan Ms YC Wong dari RGS Corporation Sdn Bhd.
Seramai 35 orang pegawai dan pembantu penyelidik PPM telah menghadiri program ini.

Sambutan Hari Inovasi dan Gotong-royong PPM tahun 2023

Sambutan Hari Inovasi dan Gotong-royong PPM tahun 2023
IPOH, 2 NOV - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan Sambutan Hari Inovasi dan Gotong-royong PPM tahun 2023. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan PPM, Dr Nazwin binti Ahmad.
Sebanyak dua (2) pertandingan telah dipertandingkan iaitu Pertandingan Poster Inovasi dan Pertandingan Idea Inovasi. Juara bagi Poster Inovasi dimenangi oleh Pn Siti Noorzidah binti Mohd Sabri dan Juara bagi Idea inovasi dirangkul oleh idea β€œHydroSieve: An innovative hydro system for sieving” yang diilhamkan oleh Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM).
Majlis seterusnya diteruskan dengan aktiviti gotong-royong PPM. Kakitangan PPM telah diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk membersih dan mengemas di sekitar kawasan PPM.