PPM FUN WALK AND RUN 2023

PPM FUN WALK AND RUN 2023
IPOH, 23 OKT - Sempena Bulan Sukan Negara 2023, Biro Sukan & Rekreasi Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan PPM Fun Walk and Run 2023 bertempat di Padang Polo, Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh.
Sebelum acara larian, aktiviti regangan otot dan taklimat ringkas berkaitan dengan program telah dijalankan. Pelepasan larian dimulakan pada 9.10 pagi.
Seramai 74 orang warga PPM telah menyertai program ini dan berjaya membuat 1 - 4 pusingan lengkap Padang Polo iaitu bersamaan dengan 1.3 - 5.2 km.
Selain itu, aktiviti cabutan tiket bertuah juga diadakan bagi memeriahkan lagi program santai ini.
Semoga program sebegini dapat meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan bersenam bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif khususnya di kalangan warga PPM.
 
SESI AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

IPOH, 19 - 20 Oktober – Satu sesi audit dalaman telah dijalankan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia selama satu hari setengah bermula semalam.
Audit dalaman ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti cawangan/ unit tetap mematuhi keperluan standard MS ISO 9001:2015, memastikan pengurusan risiko dan peluang diambilkira dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti cawangan/ unit dan memastikan proses tambah nilai yang berterusan dilakukan dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti cawangan/unit.
Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang dilaksanakan di PPM yang mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2015 ialah Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) yang melibatkan bijih timah, bijih besi, bijih emas dan pasir silika.
Sebagai rekod, PPM mula menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dari SIRIM pada Disember 2012 untuk skop Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Disember 2014 bagi skop Ujian Pemprosesan Mineral (UPM).
Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan ISO PPM atas segala usaha dan komitmen yang diberikan. Semoga maju jaya dalam sesi audit luar pada penghujung November nanti.

ANUGERAH INOVASI MENTERI BESAR (AIMB) PERAK TAHUN 2023

IPOH, 18 OKT - Satu pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Rohaya Othman dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah membentangkan projek yang bertajuk "Inovasi Teknologi Lestari Bumi Hijau Melalui Kitar Semula Sisa Kapur Karbida Bagi Penghasilan PCC Sebagai Bahan Pengisi Dalam Pembuatan Cat Komersial" dalam pertandingan ANUGERAH INOVASI MENTERI BESAR (AIMB) PERAK TAHUN 2023 sempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023.

TAKLIMAT SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MYGEMS)

IPOH, 12 Oktober – Satu taklimat berkenaan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) telah diadakan pada pagi ini di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
Taklimat ini telah disampaikan oleh para pegawai dari Cawangan Pengurusan Maklumat JMG yang diketuai oleh Tuan Hj Mohd Zulkiflee bin Che Soh. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan mengenai Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) yang telah dibangunkan oleh JMG.
Di akhir program, warga PPM telah berpeluang berdaftar sebagai pengguna MyGEMS.