Kursus Pemantapan Rakan AKRAB JMG 2014 telah dianjurkan dengan jayanya oleh Unit Pembangunan Sumber Manusia, Ibu Pejabat pada 17 – 19 Februari 2014 bertempat di Suria Cherating Beach Resort, Cherating. Kursus telah dihadiri oleh 32 Rakan AKRAB JMG. Penceramah jemputan Dr. Amran bin Hassan (Pegawai Psikologi Kanan NRE) turut berkongsi ilmu beliau kepada peserta.
Objektif kursus ini adalah:
- Memupuk kerjasama dan semangat kekitaan dikalangan ahli AKRAB JMG kearah mengamalkan budaya kerja berpasukan dan berprestasi tinggi.
- Mewujudkan ‘networking’ di kalangan ahli AKRAB seluruh JMG.
- Berkongsi pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan seterusnya dapat berfungsi dan berperanan membantu pegawai/staf JMG yang berdepan dengan masalah harian dengan lebih berkesan lagi.
Kursus ini dilaksanakan bagi memantapkan perkhidmatan bimbingan yang mana ia merupakan salah satu fungsi pengurusan personel yang amat penting. Bimbingan yang berkesan seharusnya mampu membantu seseorang staf itu untuk menghindarkan diri dari terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal.
Oleh itu, ahli AKRAB JMG seharusnya meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran kaunseling/ bimbingan selepas mengikuti kursus asas kaunseling bagi melayakkan pentauliahan mereka sebagai ahli AKRAB supaya mereka mempunyai ketahanan diri yang tinggi, empati, sabar, jujur, amanah, bekerjasama dan sebagainya bagi menghadapi cabaran-cabaran dalam menjalankan tugasan mereka.
View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/kursus-pemantapan-rakan-akrab-jmg-2014#sigProId3f47cc7fae
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/kursus-pemantapan-rakan-akrab-jmg-2014#sigProId3f47cc7fae