Ipoh, 24 Jun 2019 (Isnin) – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Perak telah diadakan di Kawasan Parkir Kereta JMG Perak pada jam 11.00 pagi. Majlis ini disambut meriah dengan dihadiri oleh semua kakitangan JMG Perak dan para tetamu jemputan khas. Antara tetamu istimewa ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Haji Mohd Zukeri Bin Abd Ghani, YB. Tan Kar Hong selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Pengarah PTG, YBhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md. Daud, Pengarah BPT YH. Dato’ Mohd Za’im Bin Abdul Wahab, pesara-pesara JMG Perak dan pihak industri.
PERHIMPUNAN BULANAN SERTA KUNJUNGAN RASMI TKP OPS KE JMG PERAK
24hb Jun 2019 (Isnin) – Perhimpunan Bulanan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak serta kunjungan rasmi Tuan Haji Mohd Zukeri Bin Ab Ghani yang merupakan TKP (Ops) telah diadakan Bilik Granite pada jam 9.30 pagi. JMG Perak merupakan destinasi ketiga yang beliau kunjungi selepas JMG Kelantan dan JMG Johor.
SALAM SYAWAL 1440H DARIPADA WARGA KERJA JMG MALAYSIA, PERAK
03 Jun 2019 : Kami Warga Kerja JMG Malaysia, Perak ingin mengucapkan Salam Syawal kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada terutamanya kepada warga kerja JMG Semalaysia. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, segala salah dan silap harap diampunkan. Maaf Zahir dan Batin. Kepada warga kerja JMG Malaysia yang pulang berhari raya di kampung, dinasihati supaya rancang perjalanan sebaik-baiknya dan berhati-hati ketika memandu. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui dan dapat berjumpa dengan keluarga yang dirindui.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR KACANG SEMPENA RAMADHAN 1440H
23hb Mei 2019 (Khamis) – Sempena Ramadhan 1440H/ 2019, Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk dan Bubur Kacang peringkat JMG Perak. Program ini dilaksanakan di perkarangan Dewan Granite. Hampir semua warga kerja JMG Perak bergotong-royong dalam menyediakan juadah ini. Program bermula seawal 8.00 pagi dan selesai pada jam 1.00 petang.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2019 JMG MALAYSIA, PERAK
26 April 2019 (Jumaat) - Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan April 2019 telah diadakan di bilik Mesyuarat Granite. Pada bulan ini, Unit Sumber Mineral (SM) telah bertindak sebagai urusetia. Pengarah JMG Malaysia, Perak YBhg. Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil turut hadir bagi menyampaikan perutusannya. Dikesempatan ini juga YBhg. Dato’ mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2018, iaitu En. Basharuddin Bin Ismail, En. Mohd Zaid Bin Aziz, Pn. Hasmah Bt Salleh dan En. Khalis Azfar Bin Bakar.