GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA DAN JAMUAN BIHUN SUP TULANG

GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA DAN JAMUAN BIHUN SUP TULANG

18 Ogos 2022 (Khamis) : Satu Program Gotong Royong Memasak Bubur Asyura dan Jamuan Bihun Sup Tulang 2022 JMG Perak anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah dijalankan pada hari ini. Seramai 35 ahli KKR telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini bermula pada jam 8.45 pagi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli kelab dan bergotong royong dalam menyediakan Bubur Asyura.

Baca selanjutnya

PROGRAM MESRA RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (ZON TENGAH) KeTSA 2022 DI SUNGAI KERANG, TRONG, TAIPING, PERAK

PROGRAM MESRA RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (ZON TENGAH) KeTSA 2022 DI SUNGAI KERANG, TRONG, TAIPING, PERAK

11hb Julai 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah terlibat dengan pelaksanaan Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Tengah) KeTSA 2022 Di Sungai Kerang, Trong, Taiping, Perak. Seramai 1,550 orang hadir pada Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Tengah) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) 2022 bertempat di perkarangan Dewan Serbaguna Sungai Kerang, Trong pada pagi ini. Sejumlah 24 ekor lembu telah disembelih bagi ibadah qurban dan dagingnya telah diagih-agihkan kepada asnaf dan penduduk kampung sekitar kawasan Sungai Kerang.

Baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM) NEGERI PERAK DI LITAR DATO’ SAGOR, PASIR SALAK, PERAK

PROGRAM JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM) NEGERI PERAK DI LITAR DATO’ SAGOR, PASIR SALAK, PERAK

1hb – 3hb Julai 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah terlibat dengan pelaksanaan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Perak yang diadakan di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak pada 1 – 3 Julai 2022. Majlis Perasmian oleh YAB Perdana Menteri akan berlangsung pada 3 Julai 2022 (Ahad), 10 pagi.

Baca selanjutnya