KOTA KINABALU, SABAH (20HB JANUARI 2018) : Pada 18hb hingga 19hb Januari 2018, YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan isteri telah membuat lawatan ke negeri Sabah.
TAKLIMAT DAN PEMBENTANGAN WAKIL JMG SABAH KEPADA PIHAK SESB
KOTA KINABALU, SABAH (19 JANUARI 2018), JUMAAT : Satu sesi taklimat dan pembentangan berkenaan kejadian tanah rumah di kawasan Sepanggar telah diadakan di Wisma SESB yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan (Bahagian Transmisi) SESB, Pn. Ir Racheal Lim.
JMG Sabah diwakili oleh Dr. Frederick Francis Tating (Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan) telah membentangkan punca kejadian tanah runtuh di kawasan Sepanggar yang melibatkan menara elektrik SESB di sana. Turut hadir En. Ahmad Khairut Termizi dan En. Goh Khean Seong (Pegawai Geosains, JMG Sabah). Antara yang membuat pembentangan dalam taklimat tersebut adalah kakitangan SESB sendiri dan wakil daripada Suruhanjaya Tenaga.
Foto Udara Kawasan Sepanggar
Taklimat oleh Dr Frederick Francis Tating
Gambar semasa lawatan tapak, di belakang menunjukkan di mana tiang menara menjadi bengkok.
Sumber Photo : En. Goh Khean Seong
Sumber Maklumat : En. Ahmad Khairut Termiz dan En. Goh Khean Seong
MESYUARAT PROGRAM PERASMIAN TELAGA TIUB DI KAMPUNG DUDAR DAN KAMPUNG TIMBANG DAYANG, KOTA BELUD, SABAH
KOTA BELUD, SABAH (18 JANUARI 2018) : KHAMIS, 2.30 petang, Satu Mesyuarat bersama antara JMG dan Pejabat Daerah Kota Belud telah berlangsung bertujuan untuk membincangkan majlis perasmian dua (2) buah telaga tiub dan sistem penapisan di Kampung Dudar dan Kampung Timbang Dayang. Penganjuran majlis ini dicadang akan dilaksanakan pada bulan Februari akan datang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Norsafi bin Haji Dukah, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kota Belud.
MESYUARAT PENYELARASAN BENGKEL PENGURUSAN BENCANA
KOTA BELUD, SABAH (17HB JANUARI 2018) : Rabu, satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Daerah Kota Belud, Sabah. Mesyuarat Penyelarasan Bengkel Pengurusan Bencana oleh NADMA.
MESYUARAT UPM JMG SABAH BIL1/2018
KOTA KINABALU, SABAH (17HB JANUARI 2018) : Rabu jam 9.00 pagi Unit Pengurusan Maklumat JMG Sabah telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan agenda-agenda dan perancangan unit tersebut dalam tahun 2018 di Bilik Mesyuarat Chromite, JMG Sabah.
SELAMAT BERTUGAS DI JMG SELANGOR
SELANGOR (16HB JANUARI 2018) : Tarikh hari ini merupakan tarikh sejarah buat En. Jontih Enggihon yang bertukar ke tanah Semenanjung untuk kedua kalinya.
BENGKEL KUNCI MASUK PERUBAHAN GAJI PTJ
KOTA KINABALU, SABAH (16HB JANUARI 2018): Pihak Pejabat Akauntan Negara Cawangan Sabah telah mengadakan satu bengkel berkaitan kunci kemasukkan perubahan gaji PTJ di Bangunan Wisma Perindustrian, Pejabat Akauntan Negara Cawangan Sabah.
PERBINCANGAN JMG BERSAMA RTM
KOTA KINABALU, SABAH (16HB JANUARI 2018) : Satu perbincangan antara JMG Sabah dengan RTM Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Magnitite JMG Sabah.
BENGKEL BLOGGER JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH : 16hb Januari 2018 bersamaan hari Selasa, satu bengkel blogger JMG Sabah telah diadakan di Dewan Utama Nephrite, JMG Sabah.
TAKLIMAT PRIVASAT
KOTA KINABALU, SABAH : Jumaat 15hb Disember 2017, satu taklimat daripada Privasat berkaitan dengan perkhidmatan satelit internet yang bertempat di bilik Mesyuarat Magnitite.