MAJLIS PERASMIAN PENYERAHAN PROJEK PENCARIAN INOVASI BERASASKAN BEKALAN AIR BERSIH DI KAMPUNG SAPATALANG, PITAS, SABAH

MAJLIS PERASMIAN PENYERAHAN PROJEK PENCARIAN INOVASI BERASASKAN BEKALAN AIR BERSIH DI KAMPUNG SAPATALANG, PITAS, SABAH

PITAS (AHAD, 21 NOVEMBER 2021) : Tirai majlis dibuka oleh Ybhg. Prof. Datuk ChM. Ts. Taufiq Yap Yun Hin (Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, UMS), ikuti ucapan daripada  YBrs. Puan Sharmila Mohammed Salleh (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, YIM), YB. Tuan Harun bin Durabi (ADUN N2 Bengkoka merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah).  Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, MOSTI). 

Program MaGRIs merupakan sebuah projek inisiatif Yayasan Inovasi Malaysia yang bermatlamat untuk mempertingkatkan usaha pembangunan dan pengkomersialan inovasi akar umbi yang berpotensi di Malaysia melalui kolaborasi dengan pelbagai pihak seperti kerajaan, industri, masyarakat akar umbi dan golongan muda termasuk menyediakan peluang pembinaan kapasiti kepada pihak-pihak yang terlibat.  Ia merangkumi penyediaan peluang pembinaan kapasiti kepada inovator akar umbi tempatan.  Program ini juga dijalankan adalah untuk mencambah nilai produk inovasi daripada pembangunan prototaip kepada pra-pengkomersialan. 

Objektif MaGRIs adalah menyediakan persekitaran yang kondusif bagi inovator akar umbi yang mempunyai inovasi yang berpotensi untuk dibangunkan dan membimbing mereka untuk menjadi model tauladan kepada masyarakat setempat.  Selain itu, program ini juga ingin merintis jalan baru dalam usaha merangsang aktiviti pengkomersilan akar umbi menjadi aktiviti pengkomersilan arus perdana.  Hal ini dapat membuka peluang kepada inovator akar umbi untuk mempertingkatkan inovasi mereka menuju ekonomi arus perdana.

Inovator Akar Umbi merupakan inovator yang menghasilkan produk atau proses inovatif yang bertujuan untuk memenuhi keperluan asas serta mengatasi kesusahan dan cabaran hidup yang dihadapi.  Inovasi diterajui sendiri oleh komuniti untuk mencapai kelestarian hidup yang sering mengalami kesukaran  untuk berkembang luas ke pasaran yang lain.  Inovasi yang dihasilkan mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan ke tahap pra-pengkomersialan dan menjadi model tauladan kepda masyarakat setempat.

Sehubungan itu, projek ini bertujuan untuk membangun dan menaiktaraf sistem bekalan air dari sumber mata air (air bawah tanah) kepada penduduk Kg. Sapatalang, Pitas.  Kampung ini terdiri daripada 52 buah keluarga dan mempunyai sebanyak 40 buah rumah dengan bilangan penduduk seramai 245 orang.  Pada Ketika ini, penduduk mendapat bekalan air graviti dari punca yang berlainan memandangkan rumah-rumah terletak berjauhan di antara satu sama lain.  Bekalan air ini tidak ditapis serta mengalami masalah setiap kali hujan lebat kerana punca air tersumbat.  Projek menaiktaraf dan memasang sistem penapisan air di Kg. Sapatalang, Pitas membantu penduduk mendapat bekalan air yang lebih bersih dari sebelum ini.  Selain itu, punca air dari mata air juga lebih bersih dan kurang gangguan bekalan akibat saluran paip yang tersumbat dengan kelodak dan daun-daun kering.

Ahli Jawatankuasa pelaksana yang terlibat adalah seperti Universiti Malaysia Sabah, Yayasan Inovasi Malaysia, Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah, Pejabat Daerah Pitas dan lain-lain yang berkenaan.

En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee merangkap mewakili Tuan Pengarah JMG Sabah telah menghadiri di majlis tersebut.  Dimaklumkan bahawa JMG Sabah (Aktivit Hidrogeologi) telah berkolaborasi dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan sepanjang projek tersebut dijalankan.  JMG Sabah juga telah terlibat secara langsung semasa gimik pelancaran dan pameran didalam majlis tersebut yang diketuai oleh En. Jaineh Linggi (Penolong Pengarah Kanan) dibantu oleh En. Muhammad Haniff bin Hamzah (Penolong Pengarah) daripada Aktiviti Hidrogeologi disamping kakitangan lain iaitu Pn. Normi Adok, En. Ali Akbar bin Amil Hasan, Pn. Besty J.A., Pn. Mary Chew, Pn. Rosita Tan dan En. Fiqria Haziq Ahyai Abdullah.

 

Sumber : Buku Program dan atas lapangan

 

 

 

 

 

 

 

LAWATAN SIAP KERJA PROJEK SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGUJILARI SISTEM PENAPISAN AIR TANAH DALAM KONTENA (CONTAINERIZED GROUNDWATER FILTRATION SYSTEM) DI KOTA BELUD, SABAH

LAWATAN SIAP KERJA PROJEK SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGUJILARI SISTEM PENAPISAN AIR TANAH DALAM KONTENA (CONTAINERIZED GROUNDWATER FILTRATION SYSTEM) DI KOTA BELUD, SABAH

KOTA BELUD (SELASA, 16 NOVEMBER 2021) : Satu lawatan kerja sistem penapisan air bawah tanah ke 3 buah kampung di Kota Belud iaitu Kampung Gaur, Kampung Nahaba dan Kampung Tamu Darat yang telah dihadiri pegawai dari JMG Sabah iaitu En. Jaineh Lingi - Penolong Pengarah Kanan (Ketua Projek), Dr. Frederick Francis Tating (Timbalan Pengarah), En. Muhammad Haniff bin Hamzah dan Pn. Mary Chew (Aktiviti Hidrogeologi) disamping Pn. Rosita Tan, En. Harry Jennyrius Majin dan En. Dharmin bin Muaiyad.  Turut dijemput Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) Aset Tak Alih JMG Sabah iaitu Pn. Besty J. A. (PIF-Pegawai Inspektorat Fasiliti) dan Pn. Margaret Stephen Mozimin (PDF-Pegawai Daftar dan Data Fasiliti) bagi pengumpulan data dilapangan. 

Pihak vendor iaitu syarikat Sanflower Trading telah memberikan taklimat ringkas dilapangan sebelum program pentauliahan dijalankan yang telah disaksi oleh ahli JKKK di Kampung Gaur.  Sedikit penerangan dimana sistem ini menggunakan sebanyak 8 papan solar dengan kekuatan 12v – 24v bagi menampung bekalan elektrik dalam dan luar kontena tersebut. 

 

 

SALAM KEMERDEKAAN DARIPADA JMG SABAH

SALAM KEMERDEKAAN DARIPADA JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (31 OGOS 2021): SELASA, Seluruh warga JMG Sabah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 64 tahun. Semoga negara Malaysia terus menjadi negara yang aman dan damai.

 

Sumber Foto : En. Patrick Gindol  

Sumber Maklumat : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

Sumber Penulisan : Penulis Blog JMG Sabah

MENJALANKAN KERJA-KERJA PENGAUDITAN DI BAWAH PROJEK PEMANTAPAN OPERASI DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN INDIKATOR PEMBANGUNAN MAPAN (SDI) - BORNEO OIL & GAS

MENJALANKAN KERJA-KERJA PENGAUDITAN DI BAWAH PROJEK PEMANTAPAN OPERASI DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN INDIKATOR PEMBANGUNAN MAPAN (SDI) - BORNEO OIL & GAS

LAHAD DATU, SABAH (10 SEPTEMBER 2021): JUMAAT, Unit Pembangunan Lombong Dan Kuari yang terlibat dengan kerja-kerja pemantauan operasi peletupan di kuari, tapak projek pembangunan dan menyelia operasi perlombongan telah menjalankan kerja-kerja pemeriksaan teknikal dan pemantauan aktiviti peletupan di daerah ini. Dalam masa yang sama juga perlu menjalankan pengauditan dibawah PPOP dan SDI di di Borneo Oil & Gas Corporation Sdn Bhd.

Pegawai yang terlibat En. Aidil Arnolous Rema, En. Jexson Philip, dibantu oleh  En. Yusuf Asby, En. Mohd. Azrol bin Mohd. Hanffi dan En. Mohd. Faiz bin Abd Murad.

Sumber Foto dan Sumber Maklumat : En. Mohd. Azrol Mohd Hanaffi

Sumber Penulisan : En. Mohd. Azrol Mohd Hanaffi