PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN BIL.7/2019 DAN MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH

PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN BIL.7/2019 DAN MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH

KOTA KINABALU, 31 Julai 2019 (Rabu) : Program Perhimpunan Bulanan Bilangan 7 Tahun 2019 telah diadakan bertempat di Dewan Nephrite, Blok Kinabalu, Tingkat 1, JMG Sabah dengan kehadiran 70 orang kakitangan dari 79 jumlah keseluruhan kakitangan JMG Sabah.  Penyelaras diselaras dari Unit Pengurusan Maklumat. 

Aturcara dimulakan dengan pegawai dan kakitangan mengambil tempat dan ketibaan Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Aktiviti serta ketibaan Yang Berusaha Tuan Pengarah JMG Sabah (En. Mohd Yusop bin Ramli).  Bacaan Doa telah dipimpin oleh En. Ebahrim bin Bedin dan seterusnya nyanyian lagu NegaraKu, Tanah Air Ku & Malaysia Bersih dan diikuti Perutusan Pengarah JMG Sabah. 

Program bersambung terus ke Majlis Persaraan Tuan Pengarah yang dimulakan dengan Montaj Tuan Pengarah sepanjang perkhidmatan beliau.  Seterusnya ucapan penghargaan dan perpisahan daripada Timbalan Pengarah (En. Paulius Godwin @ Paulus), Presiden KEM-G (En. Aidil bin Arnolous Rema) dan Pengerusi BKKI (En. Muhd Umar bin Sarimal).  Beberapa kakitangan juga iaitu Pn. Jayawati Fanilla Sahih binti Montoi (Unit Sumber Mineral), En. Mujahid bin Supilin (Unit Geosains), En. Dharmin bin Muaiyad (Unti Pentadbiran & Kewangan), Dr. Morius Bantas (Unit Makmal) mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terbuka mereka kepada Tuan Pengarah.  Rata-rata meluahkan rasa terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar sepanjang perkhidmatan beliau di JMG Sabah ini, tidak lupa juga pelbagai pengalaman yang ditempuhi bersama-sama sejak mengenali beliau.  Sebagai tanda penghargaan JMG Sabah kepada beliau, kakitangan telah menyediakan pelbagai cenderamata sempena persaraan beliau.  Program dan majlis telah berjalan lancar dan jayanya sehingga jamuan dan bersurai.  

                                 

 

MESYUARAT PENGURUSAN MAKLUMAT (MPM) 2019

MESYUARAT PENGURUSAN MAKLUMAT (MPM) 2019

SEREMBAN, 28 - 29 November 2019 : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Maklumat (MPM) 2019 Siri II bertempat di Hotel Palm, Seremban, Negeri Sembilan. Mesyuarat merangkumi Jawatankuasa Infrastruktur dan Keselamatan ICT (JKIK ICT) Bil. 2/2019 dan Jawatankuasa Teknikal GIS (JTGIS) Bil. 2/2019 yang dipengerusikan oleh TKP (KEM) manakala ICT Updates telah dipengerusikan oleh PGH (PM). Pegawai JMG Sabah yang menghadiri mesyuarat tersebut adalah Encik Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (KUPM) dan Puan Lena Anggie (PTM). Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

WhatsApp Image 2019 11 28 at 11.03.51 AM2

WhatsApp Image 2019 11 28 at 11.03.51 AM2

WhatsApp Image 2019 11 28 at 11.03.51 AM1

 

 

 

MESYUARAT DAN GERAK KERJA PEMANTAPAN PENGURUSAN PEROLEHAN KERJA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

MESYUARAT DAN GERAK KERJA PEMANTAPAN PENGURUSAN PEROLEHAN KERJA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

Miri, 22 – 25 November 2019 : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sarawak telah mengadakan Mesyuarat dan Gerak Kerja Pemantapan Pengurusan Perolehan Kerja bertempat Imperial Hotel, Miri, Sarawak.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai tatacara dan prosedur yang lebih terperinci dan tepat. Kumpulan sasaran utama adalah urusetia sebutharga/jawatankuasa spesifikasi/jawatankuasa penilaian/pegawai projek yang terlibat dengan perolehan kerja. JMG Sabah telah diwakili oleh Encik Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (KUPM) dan Pn. Rizidah binti Majawal (PPT). Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

PEROLEHAN EDDIE 1