LAWATAN GEOTAPAK BATU PASIR TANJUNG KUBONG

LAWATAN GEOTAPAK BATU PASIR TANJUNG KUBONG

TANJUNG KUBONG, LABUAN (7 FEBRUARI 2020) JUMAAT : Satu lawatan geotapak telah dibuat ke Batu Pasir Tanjung Kubong oleh beberapa pegawai JMG Sabah dan Dr Norbert Simon daripada UKM. Geotapak Batu Pasir Tanjung Kubong  terdiri daripada singkapan batuan Formasi Belait iaitu batu pasir tebal, selang lapis batu pasir dan syal, konglomerat dan klasta batu arang. Dibawah adalah lampiran gambar-gambar yang telah diambil semasa lawatan geotapak tersebut.

 

c5

Singkapan batuan Batu Pasir Tanjung Kubong

 

 c5

Klasta Batu Lumpur pada batuan batu pasir halus

 

c5

Kekanta Arang batu

 

 c5

Struktur Gerbang Laut

 

 

Selain itu pelbagai struktur sedimen dapat dilihat seperti gerbang laut, lapisan silang dan klasta batu lumpur. Lawatan ini tamat pada jam 11.30 pagi.

 

Sumber : Adyrean Edero Jingkah, Penolong Pegawai Geosains C29, Aktiviti Geologi Warisan

MESYUARAT KUMPULAN PROJEK PENILAIAN POTENSI PEMBANGUNAN GEOPARK UNTUK PENGEKALAN DAN PEMULIHARAAN SUMBER SEMULAJADI NEGARA BIL.1/2020

MESYUARAT KUMPULAN PROJEK PENILAIAN POTENSI PEMBANGUNAN GEOPARK UNTUK PENGEKALAN DAN PEMULIHARAAN SUMBER SEMULAJADI NEGARA BIL.1/2020

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (07 FEBRUARI 2020) JUMAAT :  Satu Mesyuarat Kumpulan Projek Penilaian Potensi Pembangunan Geopark Untuk Pengekalan dan Pemuliharaan Sumber Semulajadi Negara Bil.1/2020 telah diadakan pada 3 hingga 7 Februari 2020 bertempat di Hotel Lazenda, Labuan, Malaysia. Mesyuarat ini melibatkan 16 pegawai-pegawai projek geowarisan JMG setiap negeri dan Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan. Antara agenda mesyuarat ini termasuklah cadangan pembangunan dan kemajuan Aspiring Labuan Geopark Tahun 2020.

Baca selanjutnya