MESYUARAT PERSEDIAAN PERASMIAN TELAGA TIUB DI KAMPUNG TANGKOL DAN PROGRAM KESEDARAN AWAM DI KOTA MARUDU, SABAH

MESYUARAT PERSEDIAAN PERASMIAN TELAGA TIUB DI KAMPUNG TANGKOL DAN PROGRAM KESEDARAN AWAM DI KOTA MARUDU, SABAH

KOTA MARUDU, SABAH (29 JANUARI 2018) : ISNIN, jam 2.30 petang, satu mesyuarat bersama diantara JMG Sabah dan Pejabat Daerah Kota Marudu telah berlangsung bagi bertujuan untuk membincangkan majlis perasmian satu (1) buah telaga tiub dan sistem penapisan dan program kesedaran awam di Kampung Tangkol.  Cadangan penganjuran majlis ini akan dilaksanakan pada bulan Mac akan datang.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Matlunad Agok, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Kota Marudu.

Beberapa orang Pengerusi JKKK dari beberapa buah kampung yang terlibat turut hadir sama bagi membincangkan pelaksanaan program ini.  Mereka yang hadir adalah Encik Pouloi bin Taku (Pengerusi JKKK Kg. Talamason), Encik Modumin bin Saile (Pengerusi JKKK Kg. Pompodon), Encik Jool Tobuyu (Pengerusi JKKK Kg. Marak Parak) dan Encik Daud Basinau (Pengerusi JKKK Kg. Tangkol).  JMG Sabah pula diwakili oleh Encik Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (KUPM), Encik Mazrali bin Alway (Pegawai Geosains, Akt. Hidrogeologi) serta Puan Besty J. Adim (Pen. Juruukur) dan Encik Abdul Arif bin Tahar (Pemb. Geosains Kanan).  Mesyuarat tamat pada jam 4.00 petang.

Kakitangan JMG Sabah yang terlibat juga sempat membuat lawatan tapak ke Kg. Timbang Dayang, Kota Belud (tiada dalam gambar) pada 29 Januari 2018 serta ke Kg. Dudar, Kota Belud dan Kg. Tongkul, Kota Marudu (seperti dalam gambar) pada 30 Januari 2018.

km2

 

km3