MESYUARAT AKHIR PENYELARASAN PROGRAM PERASMIAN TELAGA TIUB DI KG. TIMBANG DAYANG DAN KG. DUDAR, KOTA BELUD

MESYUARAT AKHIR PENYELARASAN PROGRAM PERASMIAN TELAGA TIUB DI KG. TIMBANG DAYANG DAN KG. DUDAR, KOTA BELUD

KOTA BELUD, SABAH (13 FEBERUARI 2018) : SELASA, Jawatankuasa program perasmian telaga tiub telah mengadakan satu mesyuarat di Majlis Daerah Kota Belud sekitar jam 2.30 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh ADO En. Norsafi bin Hj. Dulah dan pengerusi bersama En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee selaku pengerusi bersama daripada Jabatan Mineral dan Geosains Sabah.

Baca selanjutnya

PEMERIKSAAN MAGAZIN KUARI SILAM, LAHAD DATU

PEMERIKSAAN MAGAZIN KUARI SILAM, LAHAD DATU

LAHAD DATU, SABAH (07 FEBRUARI 2018) : RABU - Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG Sabah), Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah (IPK Sabah) serta Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Daerah Lahad Datu (IPD Lahad Datu) telah menjalankan pemeriksaan teknikal magazin (stor menyimpan bahan letupan) di sebuah kuari di Silam, Lahad Datu. Pemeriksaan yang dijalankan ini melibatkan 2 orang pegawai daripada JMG Sabah iaitu Tn. Hj Nurul Huda Bin Romli dan En. Mohd Shafreen Bin Mad Isa, yang juga disertai oleh 10 pegawai/ anggota daripada PDRM iaitu masing-masing 6 orang pegawai/ anggota dari IPK Sabah dan 4 orang pegawai/ anggota daripada IPD Lahad Datu yang diketuai oleh DSP. Willynton Enchana Watt (Pegawai Turus Perlesenan, Jabatan Pengurusan, IPK Sabah).

Baca selanjutnya