JMG SABAH MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA 2021

JMG SABAH MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA 2021

KOTA KINABALU, SABAH (11 FEBRUARI 2021) KHAMIS : Seluruh warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG Sabah) mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2021 buat seluruh warga JMG yang merayakannya, JMG Sabah khasnya dan JMG Malaysia amnya. 

Juga buat seluruh rakyat Malaysia yang merayakan Tahun Baru Cina 2021. 

Pesanan, berayalah kita dengan mematuhi SOP yang telah disarankan oleh kerajaan Malaysia. Patuhi SOP MKN.

Sumber Foto : Pengarah JMG Sabah En. Jontih Enggihon

GOTONG ROYONG AKHIR DI TAHUN 2020 ANJURAN JK KECERIAAN JMG SABAH

GOTONG ROYONG AKHIR DI TAHUN 2020 ANJURAN JK KECERIAAN JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (23 DISEMBER 2020) RABU : Satu Program Gotong royong telah dilaksana bagi membersihkan kawasan pejabat JMG Sabah, Program ini di anjurkan oleh Unit Keceriaan bagi membersihkan kawasan-kawasan yang telah dikenal pastikan bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedis serta bagi membersikan kawasan Pejabat agar lebih ceria. Program ini di sertai oleh lebih dari 20 kakitangan jabatan ini, dan majlis ini berakhir sekitar jam 4 petang.

SUMBER FOTO

  1. SURIANI RAMLEE
  2. AIDIL ARNOLOUS REMA

 

SUMBER MAKLUMAT DAN PENULISAN

  1. MOHD AZROL BIN MOHD HANAFFI

PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS PERPISAHAN DAN PERSARAAN KAKITANGAN

PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS PERPISAHAN DAN PERSARAAN KAKITANGAN

KOTA KINABALU, SABAH (23 DISEMBER 2020) RABU : Perhimpunan bulanan telah dibuat untuk bulan Disember ini yang di anjurkan oleh Unit Pentadbiran Dan Kewangan, perhimpunan ini melibatkan Ketua Pengarah Datuk Sahar Efendi dengan menggunakan Aplikasi “Goggle Meet” bagi menyampaikan amanat beliau. Perhimpunan ini melibatkan Pengarah JMG Sabah En. Jontih Enggihon, Timbalan- timbalan Pengarah, Ketua-ketua Unit serta Kakitangan JMG Sabah. Selain itu, perhimpunan ini juga bagi meraihkan majlis persaraan En Suhaimi Suman Yang telah Bersara pada bulan November lalu serta Majlis Perpindahan Kerani Kewangan Puan Viani Vincent selepas berkhidmat di jabatan ini selama 16 tahun dan majlis berakhir pada jam 11.00 pagi.

 

Sumber Foto : En. Abdul Arif bin Tahar

Sumber maklumat dan penulisan : En. Mohd. Azrol bin Hanaffi

 

 

SELAMAT HARI NATAL DAN TAHUN BARU DARIPADA PENGARAH JMG SABAH

SELAMAT HARI NATAL DAN TAHUN BARU DARIPADA PENGARAH JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (25 DISEMBER 2020) JUMAAT :  Pengarah JMG Sabah Encik Jontih Enggihon merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal buat seluruh warga JMG Sabah khasnya dan JMG Malaysia amnya. Juga ucapan selamat bercuti buat semua dan Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru 2021 dengan harapan JMG terus gemilang dan dikenali di persada dunia.