BENGKEL PENYEDIAAN MAKLUMAT PEMBINAAN BANGUNAN MINI KETSA

BENGKEL PENYEDIAAN MAKLUMAT PEMBINAAN BANGUNAN MINI KETSA

RANAU, SABAH (13 JULAI 2020): ISNIN, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG)  telah menghantar beberapa wakil untuk menghadiri satu bengkel penyediaan maklumat bagi pembinaan bangunan mini KeTSA anjuran Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia Sabah (JUPEM).

Latihan yang telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 13 Julai hingga 16 Julai 2020 tersebut telah dihadiri oleh seramai enam orang kakitangan dari JMG Sabah iaitu ChM Dr. Morius Bantas, En. Eddie Afandy, Pn. Rizidah Majawal, Pn. Besty Jenny, En. Arif Tahar dan En. Ruddey John Michael serta wakil-wakil daripada Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia Sabah (JUPEM) dan seorang wakil dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Sabah (JKPTG).

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk sama-sama membincangkan perkara-perkara serta input-input penting yang diperlukan dalam penyediaan maklumat pembinaan bangunan mini KeTSA dan diharapkan dapatan daripada bengkel ini akan dapat menjadi asas dan garis panduan yang kukuh dalam penghasilan kertas kerja yang lengkap bagi pembinaan bangunan mini KeTSA di masa akan datang.

Sumber maklumat, foto, penulisan : En. Ruddey bin John Micheal

 

MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUTHARGA STRUKTUR JMG SABAH

MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUTHARGA STRUKTUR JMG SABAH

RANAU, SABAH (24 JULAI 2020, JUMAAT): Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) telah mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga struktur bangunan JMG Sabah.

Mesyuarat yang telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 24 Julai hingga 26 Julai 2020 ini telah dihadiri seramai enam orang ahli jawatankuasa yang telah dilantik iaitu ChM Dr. Morius Bantas sebagai pengerusi Jawatankuasa, En. Eddie Afandy, Pn. Besty Jenny,En. Arif Tahar, En. Fadli Sulaiman dan En. Ruddey John Michael.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menyediakan dokumen sebutharga bagi projek baik pulih struktur bangunan JMG Sabah.

Sumber maklumat, foto dan penulisan : En. Ruddey bin John Micheal

 

PEMANTAUAN KERJA LETUPAN DI KUARI CAPRICOM TELIPOK

PEMANTAUAN KERJA LETUPAN DI KUARI CAPRICOM TELIPOK

TELIPOK, TUARAN (21 DISEMBER 2020) ISNIN: Pemantauan kerja-kerja letupan kuari di Capricom kuari, pemantauan ini dibuat bagi memastikan kerja-kerja letupan terkawal serta penggunaan bahan letupan mengikut kebenaran yang diberikan. JMG Sabah telah mengarahkan 3 kakitangan dari jabatan untuk menjalankan pemantauan tersebut yang di wakili oleh En. Jexson, En Arthur Leo dan En Mohd Azrol Mohd Hanaffi. Letupan telah dilakukan pada Jam 2.40 petang dan Bacaan alat masih di bawah kawalan.

 

Sumber Foto : En. Arthur Leo Intiang

Sumber Maklumat dan penulisan: En. Azrol Bin Mohd Hanaffi

TAKLIMAT CERUN MERBAHAYA DIKAWASAN KG KIAU, KUNDASANG

TAKLIMAT CERUN MERBAHAYA DIKAWASAN KG KIAU, KUNDASANG

KUNDASANG,RANAU (18 DISEMBER 2020) JUMAAT: Satu lawatan kerja telah dibuat oleh Pegawai dari JMG Sabah ke kawasan kg Kiau. Lawatan ini bertujuan bagi mendengar laporan Kajian dari pihak UMS dan Geostrata bagi cerun-cerun merbahaya di kawasan kampung tersebut. 2 kakitangan dari JMG sabah terlibat iaitu Dr. Frederick Francis Tating dan Pegawai Geosains En. Arthur Clement Makulim, sementara itu Dari UMS PROF Rodeano serta En  Mohd Nor Azmi dan Cik Hanis dari Geostrata yang membantu membuat kajian di kawasan tersebut.

Pegawai JMG yg terlibat:

  1. Frederick Francis Tating
  2. Arthur Clement Makulim
  3. Mohd Azrol Mohd Hanaffi

Sumber Fota, makluman dan penulisan: Mohd Azrol Mohd Hanaffi

Pemantauan cerun-cerun merbahaya di kawasan Kg Lipasu, Ranau

Pemantauan cerun-cerun merbahaya di kawasan  Kg Lipasu, Ranau

KUNDASANG,RANAU (18 DISEMBER 2020) JUMAAT: Satu lawatan kerja telah dibuat oleh Pegawai dari JMG Sabah ke kawasan kg Lipasu. Lawatan ini bertujuan bagi mendengar laporan Kajian dari pihak UMS dan Geostrata bagi cerun-cerun merbahaya di kawasan kampung tersebut. 2 kakitangan dari JMG sabah terlibat iaitu Dr. Frederick Francis Tating dan Pegawai Geosains En. Arthur Clement Makulim, sementara itu Dari UMS PROF Rodeano dan bekas Pelatih Industri di jabatan ini iaitu Cik Asmira dan Cik Nur Atikah juga merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah, Serta  Cik Ayu Sofea dari Geostrata yang membantu membuat kajian di kawasan tersebut.

Pegawai JMG yg terlibat:

  1. Frederick Francis Tating
  2. Arthur Clement Makulim
  3. Mohd Azrol Mohd Hanaffi

Sumber Foto, maklumat dan penulisan: Mohd Azrol Mohd Hanaffi