MAJLIS MAKAM MALAM PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH EN. MOHD. YUSOP BIN RAMLI

MAJLIS MAKAM MALAM PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH EN. MOHD. YUSOP BIN RAMLI

KOTA KINABALU, SABAH (16 OGOS 2019): JUMAAT, Satu majlis makan malam meraihkan persaraan Pengarah En. Mohd. Yusop bin Ramli telah diadakan di Hotel Shangrila Kota Kinabalu sekitar pukul 7.00 malam.

Seramai 30 orang kakitangan JMG Sabah turut hadir dalam majlis ini. Majlis ini telah dikelolakan oleh Dr. Morius Bantas. Walaupun ramai antara kakitangan JMG Sabah tidak dapat hadirkan diri atas sebab kekangan masa dan berada di luar kawasan, namun sambutan malam ini agak meriah dengan kehadiran beberapa orang kakitangan JMG Sabah.

Baca selanjutnya

THUMBPRINT AKHIR PENGARAH JMG SABAH EN. MOHD. YUSOP BIN RAMLI

THUMBPRINT AKHIR PENGARAH JMG SABAH EN. MOHD. YUSOP BIN RAMLI

KOTA KINABALU, SABAH (16 OGOS 2019): JUMAAT, Hari ini merupakan hari terakhir bertugas sebagai Pengarah JMG Sabah buat En. Mohd. Yusop bin Ramli dan juga merupakan hari terakhir beliau dalam perkhidmatan awam Malaysia.

Setelah mencurahkan bakti sebagai penjawat awam selama 34 tahun dan akhirnya pada hari ini beliau akan bersara wajib dalam usia 60 tahun. Beliau bermula daripada Pegawai Kajibumi Gred 41 dan berakhir dengan Gred 54 sebagai Pengarah JMG Sabah.

Baca selanjutnya